Johor Bahru ke Mersing
Mersing adalah salah satu daerah yang terletak di dalam negeri Johor. Mersing terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan juga luar negeri. Lokasi Mersing yang mempunyai kedudukan berhampiran Laut Cina Selata dan dikelilingi dengan pulau-pulau tercantik seperti Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau Besar dan Pulau Pemanggil. Selain itu, terdapat juga beberapa pantai yang cantik di daerah ini seperti Pantai Air Papan, Pantai Penyabong dan Tanjung Leman.
Perjalanan Bas dari Johor ke Mersing
Dengan menaiki bas untuk berkunjung ke Mersing dari Johor, perjalanan bas anda akan merentasi jarak dalam sekitar 130 km , dan akan mengambil tempoh masa sekitar 2 jam bergantung pada keadaan trafik semasa.
Tempat Perlepasan Bas
Tempat perlepasan bas utama bagi laluan Johor Bahru ke Mersing adalah di Terminal Larkin, di Jalan Garuda, yang merupakan terminal terbesar di Johor Bahru. Anda boleh ke terminal bas ini mengikut teksi atau bas awam.
Tempat Ketibaan Bas
Perjalanan anda dipermudahkan lagi dengan tempat ketibaan bas yang anda di Terminal Mersing di Jalan Pasar. Anda boleh ke terminal ini dengan senang melalui teksi atau bas awam.