Perjalanan Bas Dari Johor Bahru ke Ipoh
Perak, disini terletaknya bandar Ipoh, sebuah bandar yang dalam proses pembangunan namun masih lagi mengekalkan budaya masyarakat tempatan. Jarak dari Johor ke Ipoh adalah sekitar 538 kilometer, dan mengambil masa lebih kurang 7 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik.
Tempat Menarik Di Ipoh
Ipoh adalah bandar warisan. Di sini anda boleh melihat terdapatnya deretan rumah kedai milik masyarakat cina yang satu ketika dahulu menjadi pelombong di sini. Perak adalah bekas pengeluar bijih timah terbesar di dunia suatu ketika dahulu dan sehingga kini anda boleh melihat banyak bekas lombong yang masih terdapat di sini. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh melawat beberapa Muzium yang terdapat di sekitar Ipoh. Anda akan dapat melihat beberapa gambar lama dan juga peralatan yang pernah digunakan suatu ketika dahulu untuk melombong.
Jika anda gemar bergambar, pergilah ke Stesen Kereta Api Ipoh. Bangunan ini sangat unik kerana ia mempunyai gabungan senibina lama British. Di sini masih lagi terdapat beberapa bahagian didalam bagunan yang masih mengekalkan sini bina asal. Kemudian anda boleh ziarahi Kellie Castle, namun terdapat sedikit pantang larang yang anda harus ikuti kerana kawasan yang indah ini sememangnya terkenal dengan beberapa kisah mistik yang menjadi bulan penduduk tempatan. Namun tidak bermakna anda tidak boleh
Kemudian, terdapat beberapa tempat menarik di sekitar Perak yang menarik untuk dilawati. Jika anda sukakan alam semula jadi, anda boleh ke Air Terjun Lata Kijang. Ia adalah air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Anda boleh melihat air terjun ini dari Lebuh Raya Utara Selatan sekiranya anda dalam perjalanan menuju kearah utara. Jika anda gemar ke pantai, anda boleh ke Teluk Intan, pantainya yang jernih dan juga pasirnya yang memutih pastinya akan menengkan jiwa anda. Selain itu Pantai Lumut juga tidak kurang indahnya. Di sini anda boleh menaiki bot untuk ke Pulau Pangkor dan juga bersiar-siar di kawasan Tentera Laut untuk melihat kapal-kapal perang yang digunakan.
Makanan yang Sedap di Ipoh
Jika anda seorang yang gemar untuk merasa setiap jenis makanan, Ipoh adalah tempatnya. Di pekan Ipoh terdapat deretan kopitiam dengan setiap dari satunya mempunyai reka bentuknya yang tersendiri. Juga di Ipoh terdapat beberapa buah gerai yang menyediakan makanan yang tidak kurang enaknya. Antaranya seperti Man Yong Tau Foo, Popia Basah Taman Bahagia dan juga Nasi Vanggey Pekan Ipoh. Jangan ragu-ragu untuk menjamah setiap hidangan ini kerana kelazatan setiap hidangan ini adalah berbeza dari apa yang anda pernah rasa sebelum ini.