Perjalanan Bas Dari Alor Setar Ke Kuantan
Terpisah diantara banjaran terpanjang di Malaysia, untuk ke Kuantan dari Alor Setar anda haruslah mempunyai rehat yang cukup untuk memandu sejauh 652 Kilometer merentasi Perak dan juga Kuala Lumpur. Jadi kami ingin galakkan anda untuk menaiki pengangkutan awam seperti bas supaya anda dapat rehatkan badan anda di sepanjang perjalanan. Dengan anggaran tiket sekitar RM63 ringgit untuk setiap perjalanan, anda boleh dapatkan bas Kesatuan Express pada jam 8.45am di Alor Setar. Perjalanan ini mengambil masa selama 11 jam untuk anda tiba di Kuantan, bergantung pada keadaan trafik semasa.
Tempat Menarik Di Kuantan
Pahang sesuai bagi mereka yang mencintai keindahan alam semula jadi. Cuba bermalam di Taman Negara Pahang, anda akan dapat melihat keindahan flora dan fauna yang masih lagi terpelihara dengan baik di sini. Jika anda ingin suasana yang sejuk dan damai, pergilah ke Cameron Highlands. Selain itu, pergilah ke Genting Highland untuk berhibur bersama teman-teman. Kami nasihatkan supaya anda mengenakan lebih dari 2 helai baju apabila tiba waktu malam. Sangat Sejuk! Selain itu ada daya tarikan yang lain sekiranya anda di sini. Pergilah ke Taman Jepun di Kota Tinggi. Selami sendiri suasana dan keunika budaya Jepun yang terdapat di sini.
Makanan yang Sedap di Kuantan
Selain dari keindahan flora dan fauna, makanan juga menjadi tarikan di sini. Asam Rong, Tempoyak Ikan Patin, Sambal Tempoyak Petai dan juga Sambal Hitam adalah menu wajib yang anda cuba sekiranya berkunjung ke sini. Di kawasan Teluk Cempedak pula terdapat deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai juadah untuk minum petang kepada para pengunjung.