Melaka, sebuah negeri yang terkenal dengan sejarah warisan. Sekiranya anda menaiki bas dari Melaka ke KLIA 2, anda akan menempuh satu perjalanan sejauh 141 kilometer dan mengambil masa sekitar 3 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Anda akan menaiki bas dari Terminal Melaka Sentral dan akan diturunkan di Terminal KLIA 2.
Ia adalah lapangan terbang terbesar di Malaysia menggantikan KLIA pada masa kini. Fungsinya adalah sebagai lapangan terbang bagi penerbangan tabang murah yang dikendalikan oleh syarikat Air Asia. Di KLIA 2, anda akan melihat pengendalian yang lebih cekap dan teratur disini.
Bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini, anda pastinya kagum dengan sini bina KLIA 2. Dalamanya adalah seakan anda berada di sebuah pusat membeli belah. Terdapat pelbagai kedai seperti pakaian berjenama, restoran dan juga kedai-kedai lain seperti permainan, kedai cendera hati dan juga kedai buku.
Sekiranya anda penat, mereka juga mempunyai fasiliti seperti ruangan rehat dan juga kerusi urut automatik. Ruangan rehat ini sering digunakan oleh para pelancong untuk menunggu ketibaan waktu penerbangan mereka. Anda juga tidak mempunyai kesukaran untuk mencari kaunter-kaunter bagi mendaftar kerana mereka menyediakan papan tanda yang tidak mengelirukan dan juga cukup membantu.
Jadi tempah tiket bas Melaka – KLIA 2 anda sekarang dengan CatchThatBus, anda boleh layari www.catchthatbus.com atau muat turun aplikasi secara percuma di Appstore, Google Store dan juga Window Store. Hanya perlu masukkan tarikh, masa perjalanan yang dikehendaki dan juga destinasi yang ingin dituju kemudian anda boleh terus dengan proses pembayaran dan dapatkan e-tiket anda.