Nice Imperial adalah bas mewah untuk mereka yang inginkan perjalanan dan keselesaan semasa bercuti. Nice adalah operator pertama dalam Malaysia yang memperkenalkan bas eksekutif dengan setiap perjalanan mereka akan ditemani oleh pelayan seakan pramugara dan pramugari.
Syarikat mereka kini mempunyai 50 buah bas. Setiap bas mempunyai tempat duduk yang mempunyai LCD di bahagian belakang bagi membolehkan para penumpang menonton program yang diberikan.