Causeway Link adalah salah satu daripada syarikat bas gergasi yang bertapak di Johor Bahru, mereka menyediakan servis perkhidmatan ke Johor Bahru, Semenanjung Malaysia dan juga Singapura. Mereka adalah dibawah naungan Handal Indah yang juga menyediakan perkhidmatan menyewa bas dan juga pengiklanan media. Bas-bas mereka dilengkapi dengan kemudahan asas bagi membolehkan penumpang mereka merasa selamat dan juga selesa.
Mereka menyediakan bas mewah bertaraf VIP kepada para penumpang. Bas tersebut mempunyai tempat duduk yang selesa dan juga mempunyai hiburan bagi anda melapangkan masa semasa dalam perjalanan jarak jauh.