Bas from Singapura ke Seremban

Bus Schedule


Singapura dan Malaysia dihubungkan oleh Tambak Johor, jika anda menaiki bas Singapura ke Seremban, anda akan menempuh perjalanan sejauh 300 kilometer dan mengambil masa sekitar 3 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Bas yang menawarkan perkhidmatan Singapura ke Seremban adalah Starmart Express dengan menawarkan tiket dengan harga sekitar RM93 ringgit untuk setiap perjalanan.

Berjalan ke Seremban adalah perkara yang menyeronokkan. Ini kerana anda masih lagi boleh melihat beberapa buah bangunan yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional masyarakat Melayu Minangkabau. Seremban kini mengalami proses pembangunan yang pesat kerana terdapat banyak peluang pekerjaan dan juga pembangunan taman-taman perumahan di sini. Melalui Seremban, anda juga boleh ke daerah-daerah lain yang terdapat di Negeri Sembilan kerana terdapat bas-bas shuttle yang akan membawa anda ke setiap pelusuk daerah sehingga ke Melaka.
Bagi anda yang inginkan percutian ala Inggeris, anda boleh bertandang ke Golf Palm Spring Resort. Sebuah tapak percutian yang menjanjikan kepuasan kepada anda kerana fasiliti yang disediakan bertaraf 3 bintang. Selain itu terdapat Tiara Beach Resort, ia pakej percutian yang murah dan juga menyediakan penginapan yang selesa. Di sini terdapat sebuah kolam buatan yang seakan-akan laut bagi memberikan anda perasaan sama seperti berehat di tepi pantai.
Jika ingin berkunjung ke Pantai, anda boleh ke Port Dickson. Sebuah pantai yang menjadi pilihan anak muda dan juga keluarga untuk beriadah bersama. Di sini anda boleh bermain Banana Boat dan juga bermandi manda. Terdapat rumah mandi awam untuk anda membersihkan diri dan juga deretan kedai-kedai menjual makanan supaya anda tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.
Bagi mereka yang gemar berjalan sambil menikmati hidangan, di Seremban terdapat banyak gerai hidangan berasaskan Masakan Tradisional dan juga masakan moden. Cuba Masak lemak Cili Api dan juga Daging Salai