Buses From Singapura ke Mersing

Bus Schedule


Mersing, daerah yang terletak di dalam Negeri Johor. Jika anda ingin menaiki bas dari Mersing ke Singapura, anda akan berjalan sejauh 200 kilometer dan mengambil masa sekitar4 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Anda akan menaiki bas di Stesen Golden Mile Tower dan akan diturunkan di Terminal Mersing.

Untuk yang belum tahu lagi, Mersing adalah salah satu daerah yang terletak di dalam negeri Johor Darul Takzim. Mersing ni terletak lebih kurang 350 km dari Kuala Lumpur. Kalau menaiki bas akan mengambil masa lebih kurang 4-5 jam bergantung kepada kelajuan bas tersebut. Mersing ni terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan juga luar negeri.

Mersing mempunyai kedudukannya berhampiran dengan Laut China Selatan dan dikelilingi pulau-pulau menarik untuk dilawati. Antara pulau yang menjadi pilihan pelancong ialah Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau Besar dan Pulau Pemanggil. Kesemua pulau ni memang cantik dengan airnya yang biru dan pasir pantai yang putih. Kalau sekali pergi, mesti nak pergi lagi berkali-kali.

Tapi jika anda jenis mudah terkena mabuk laut, anda boleh juga berjalan di pantai-pantai yang ada di Mersing ni. Antara pantai yang menarik untuk bersantai, berehat dan berkelah, kami cadangkan untuk pergi ke Pantai Air Papan, Pantai Penyabong, dan Tanjung Leman. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ni seperti mandi manda, berkelah, buat barbeque atau membina istana pasir.

Menariknya jika anda seorang kaki pancing, dah pasti banyak kawasan lubuk untuk memancing kan? Kaki-kaki pancing umumnya memang mengetahui Mersing adalah salah lubuk memancing yang bagus di Malaysia. Tambahan pula, Mersing juga adalah satu tempat pilihan penganjur semasa GP Joran diadakan. Jadi, sama ada nak memancing laut dalam atau tepi pantai, pilihan di tangan anda. Yang penting, kalau nak datang ke Mersing, jangan lupa membawa peralatan memancing ni kalau tidak mahu seribu sesalan kemudian hari.

Biasanya ramai orang beli keropok lekor mesti ke Terengganu kan? Tapi ramai yang tak tahu keropok lekor Mersing ni tak kurang enaknya jika dibandingkan dengan keropok Terengganu. Selain destinasi pelancongan, Mersing juga terkenal dengan aktiviti perikanan. Dari situlah industri keropok merupakan salah satu industri yang penting di Mersing ni. Apa yang menariknya di sini adalah selain dari borong keropok untuk bawa pulang, anda juga boleh melihat proses pembuatan keropok itu sendiri.

Jika anda datang melawat Mersing, mengenai penginapan anda tak perlu risau. Anda boleh pilih untuk menginap di hotel dari yang murah hingga ke hotel 4 bintang. Semuanya ada disediakan. Jika anda ingin menikmati suasana pantai, anda boleh memilih untuk tinggal di homestay dan juga chalet. Harga untuk menginap di chalet atau homestay ini adalah sangat berpatutan.

Jadi usah tunggu lama untuk dapatkan tiket bas Kuala Lumpur ke Mersing. Semuanya mudah dengan aplikasi CatchThatBus. Cuma perlu muat turun secara percuma di AppStore, Google Store dan juga Window Store dan buat pembayaran anda menggunakan Online Banking, Kad Kredit, Kad Debit dan juga Paypal untuk membuat pembayaran. Hanya perlu masukkan tarikh, masa, dan juga pilih tempat duduk yang selesa dan anda kini bersedia untuk ke Mersing!