Buses From Singapura ke Kuala Terengganu

Bus Schedule


Menaiki bas untuk bercuti ke Kuala Terengganu amat menyeronokkan. Di Kuala Terengganu terdapat gugusan pulau-pulau yang indah yang sering menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara. Antara pulau yang sering menjadi tumpuan para pelancong adalah Pulau Perhentian, Pulau Redang, dan juga Pulau kapas. Anda boleh ke pulau ini dengan menaiki feri di jeti. Kemudian anda juga boleh ke kawasan menarik di Taman Tamadun Islam. Di sinilah terletaknya Masjid Kristal, sebuah masjid yang dibina menggunakan kaca dan juga besi sebagai hiasan. Apabila ia disinari cahaya matahari, ia akan berkilau seperti Kristal.

Kemudian, di kawasan masjid tersebut juga terdapat sebuah Taman Tamadun Islam yang menjadi tarikan pelancong dari timur tengah. Di sini anda boleh melihat replika-replika masjid dari serata dunia dibina untuk tatapan pengunjung. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu. Disini anda akan dapat lihat beberapa artifak tinggalan masyarakat Melayu lama dan juga beberapa sejarah-sejah awal Terengganu.

Jika anda ingin melihat keindahan buatan manusia, pergilah ke Tasik Kenyir. Ia adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia dan digelar sebagai “Pepsi Blue” oleh penduduk tempatan. Kerana air tasik ini bewarna kebiruan. Memang indah sekiranya anda mengabadikan kenangan bergambar disini. Jika anda ingin bercuti, kami cadangkan anda bermalam di rumah rakit Tasik kenyir. Anda akan dibawa berpusing sekitar tasik dan bermalam di rumah rakit.
Jika anda ingin melihat Penyu, anda boleh berkunjung ke Santuari Penyu Rantau Abang. Di sini anda bertuah, anda boleh melihat penyu bertelur pada malam hari. Rantau Abang adalah salah sebuah pusat pembiakan habitat penyu belimbing dan juga hijau. Untuk pengetahun anda, penduduk Terengganu gemar menikmati hidangan telur penyu ini. Namun sekarang untuk mengambil menjual telur-telur tersebut anda haruslah mendapat lesen khas.

Jika anda ingin mendapatkan ikan segar, anda boleh ke perkampungan nelayan. Di Terengganu terdapat banyak perkampungan nelayan yang menjadi asas ekonomi kepada negeri ini. Setiap ikan yang dinaikkan di sini amatlah segar dan enak dimakan. Bercakap tentang makanan, anda jangan lupa untuk merasai sendiri keenakan Keropok Lekor Terengganu. Di sini Keropok Lekornya adalah keropok Lekor asli yang mempunyai isi ikan yang padat. Cuba juga Sata dan Otak-otak. Inti ikan yang mereka gunakan adalah yang terbaik.

Hanya perlu muat turun aplikasi CatchThatBus secara percuma di AppStore, Google Store dan juga Window Store dan terus membuat pembelian. Hanya perlu buat semakan perjalanan, dengan memilih tarikh, masa dan juga tempat duduk yang selesa, dan anda akan bersedia untuk membuat perjalanan pada tarikh yang dipilih. Segalanya mudah dengan CatchThatBus, kini Singapura ke Terengganu adalah perkara mudah.