Bas from Singapura ke Genting Highlands

Bus Schedule


Genting Highlands, terletak di kawasan tanah Tinggi Pahang adalah lokasi percutian yang menyeronokkan. Jika anda menaiki bas dari Singapura ke Genting Highland, anda akan menempuh satu perjalanan sekitar 400 kilometer dan mengambil masa sekitar 4 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Anda akan menaiki bas di Golden Mile Tower dan akan diturunkan di terminal bas Mushroom Farm Genting Highlands.

Genting Highlands merupakan tempat untuk berhibur. Genting Highlands ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Idea untuk membuat resort di atas bukit datang daripada udara segar di Cameron Highlands oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pada tahun 1964. Tan Sri Lim kemudian bekerja di sebuah projek pembangunan hidro-elektrik di sebuah resort terkenal yang terletak di kawasan bukit yang melindungi sebahagian besar penjajah Inggeris yang mencari perlindungan sejuk dari panas tropika.

Pada masa itu beliau terfikir alangkah baik sekiranya semua rakyat Malaysia dapat bercuti di kawasan peranginan tanah tinggi. Hotel pertama yang dibangunkan di Genting Highlands ialah pada tahun 1971 iaitu Highlands Hotel (kini merupakan Theme Park Hotel). Kini Genting Highlands telah mempunyai lima hotel yang terkenal iaitu Genting Hotel, Highlands Hotel, Resort Hotel, Theme Park Hotel dan First World Hotel.

Kuil Chin Swee Caves terletak di tempat paling indah di Genting Highlands. Di dalam kuil tersebut terdapat sebuah patung hitam Pendeta Master Chin Swee yang sedang duduk. Patung tersebut dikenali sebagai dewa di Wilayah Fujian yang berkemampuan untuk memanggil hujan dan mengusir roh jahat. Kuil tersebut telah menarik perhatian ramai pelancong tempatan dan luar negara seperti dari Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand dan China.

Kuil Chin Swee Caves terletak di plot 28 ekar tanah hutan berbatu yang disumbangkan oleh pengasas Genting Group iaitu mendiang Tan Sri Dato’ Seri Lim Goh Tong. Kuil ini terletak pada 4.600 meter di atas permukaan laut dan perjalanan ke kuil memerlukan sekitar 5-10 minit dari puncak gunung. Genting Highlands terletak 51 km di Timur Laut dari ibu kota Kuala Lumpur. Genting Highlands merupakan tempat yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Genting Highlands juga terkenal dengan Taman Tema. Di sini juga terdapat permainan ‘indoor’ dan ‘outdoor’ yang disediakan untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Selain itu juga terdapat banyak tempat hiburan seperti Konsert, persembahan, pawagam, karaoke dan sebagainya.

Jadi dengan CatchThatBus pastinya anda boleh menaiki bas dari Singapura ke Genting Highland dengan mudah. Hanya perlu masukkan tarikh, masa dan buat pilihan tempat duduk mengikut keselesaan anda. Kini anda bersedia untuk ke Genting dengan CatchThatBus.