Bas Dari Shah Alam ke Singapore

Bus Schedule


Singapura, jiran kepada Malaysia dan terletak berhampiran dengan Johor. Untuk ke Singapura menaiki bas, anda boleh menaiki bas melalui Selat Teberau. Jika anda menaiki bas dari Shah Alam ke Singapura anda kan menempuh satu perjalanan sejauh 361.4 kilometer dan mengambil masa sekitar 4 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Harga tiket untuk setiap perjalanan adalah sekitar RM45 ke RM55. Anda akan menaiki bas di Stesen Bas Shah Alam Seksyen 13 dan akan diturunkan di Gold Mile Tower Singapura.

Singapura adalah sebuah bandar yang indah dan juga menjadi kebanggaan warga Asia Tenggara. Di sini pengangkutan awam adalah sesuatu yang digunakan oleh masyarakat tempatan untuk melaksanakan urusan harian mereka. Untuk ke setiap penjuru Singapura, anda boleh menggunakan tren MRT untuk ke mana saja. Mereka mempunyai sistem tren yang sangat teratur dan juga memudahkan orang awam.

Pergilah ke Jalan Orchard, di sini anda akan dapat lihat keindahan sebuah bandar maju dengan menara pencakar langit yang tinggi. Bandar mereka dihiasi dengan bangunan-bangunan unik dan juga disini terkumpulnya kedai-kedai mewah jenama besar dunia. Anda boleh lihat kemewahan yang ditonjolkan dengan senibinanya. Anda boleh turun di Stesen Orchard untuk berjalan-jalan di sini. Kemudian jangan lupa untuk ke Merlion Park. Di sini terletaknya ikon Singapura, deretan tugu singa dengan pancuran air dari mulut.
Selain itu sila ke Universal Studio Singapore. Disini anda akan dapat berjumpa banyak adiwira seperti Batman, Superman dan juga karakter kartun dari Warner Brothers seperti Tweetie, Sylvester dan juga Tasmanian Devil. Selain itu apa yang menjadi keseronokkan disini adalah mereka mempunyai Panggung 6D untuk pengunjung merasai keadaan di dalam dunia filem. Set-set penggambaran dalam filem juga menjadi tempat yang wajid anda abadikan kenangan dalam bentuk gambar.

Kemudian pergi ke Jalan Glam, Ia ibarat Masjid India di Malaysia. Anda boleh dapatkan pakaian dari timur tengah dengan harga yang murah dan juga sangat berkualiti. Disini terletaknya Masjid Sultan dan juga Kampung Warisan Melayu. Berjalan di sini sememangnya amat menyeronokkan kerana anda akan dapat lihat sebuah perkampungan indah dan juga mendamaikan.

Selain itu, Singapura juga tidak kurang hebatnya dengan hidangan yang menarik. Anda boleh ke Jalan Katong. Disini terdapat pelbagai juadah enak dari setiap masyarakat disini. Hidangan makanan seperti Melayu, Cina dan juga India boleh didapati disini. Terdapat restoran bernama Zam Zam yang halal untuk anda yang beragama Islam. Dan mereka menghidangkan masakan Melayu dan juga masakan ala Timur tengah.

Jika anda ingin menikmati pemandangan dari kawasan tinggi, anda boleh ke Menara Carlsberg yang terletak bersebelahan Cable Car Pulau Sentosa. Anda boleh menikmati pemandangan seluruh Pulau Sentosa bahkan juga Malaysia dari ketinggian 130 meter. Hanya memerlukan $10 dollar untuk anda masuk dan menikmati keindahan disini.

Tidak susah untuk mendapatkan tiket bas Shah Alam ke Singapura. Cuma perlu muat turun aplikasi CatchThatBus di AppStore, Google Store dan juga Window Store secara percuma dan terus membuat semakan perjalanan anda. Hanya perlu masukan tarikh, masa dan juga pilih tempat duduk mengikut keselesaan anda, anda cuma perlu membuat pembayaran secara online menerusi Online Banking, Kad Kredit, Kad Debit atau Pay Pal. Jadi usah beratur panjang di kaunter untuk dapatkan tiket, segalanya mudah dengan CatchThatBus untuk ke Singapura!

 

Beli Tiket Bas dari Shah Alam ke Singapore Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.