Bas Dari Shah Alam ke Kota Bharu

Bus Schedule


Kota Bharu, ibu negeri bagi Kelantan. Jika anda bercadang untuk menaiki bas dari Shah Alam ke Kota Bharu, anda akan menempuh satu perjalanan sejauh 458 kilometer dan mengambil masa sekitar 6 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Antara syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan bas Shah Alam ke Kota Bharu adalah Darul Naim Ekspres, Transnasional, Cepat Ekspres dan juga Perdana Ekspres dengan harga tiket sekitar RM46 ke RM47 ringgit untuk setiap perjalanan. Anda akan menaiki bas di Stesen Bas Shah Alam Seksyen 13 dan akan diturunkan di Terminal Bas Kota Bharu.

Jika anda seorang yang gemar membeli belah barangan cendera hati, anda boleh berkunjung ke Pasar Wakaf Che Yeh untuk mendapatkan barangan anda. Antara yang menarik dan juga boleh didapati dengan harga berpatutan disini adalah Kain Batik, Serunding Daging dan juga barangan ukiran kayu. Anda juga boleh ke Rantau Panjang untuk membeli belah, kerana di sini terdapat gerai-gerai yang menjual barang seperti jersey bola dengan harga murah, periuk belanga dan juga banyak peralatan dapur.
Selain dari membeli belah, anda boleh kawasan seperti pantai, di Kelantan anda harus pergi beriadah di Pantai Cahaya Bulan, di sini terdapat banyak aktiviti seperti bermain wau atau layang-layang, dan juga beriadah di tepi pantai. Namun disini anda tidak dibenarkan untuk mandi kerana permukaan pantai yang bertangga. Ia amat bahaya untuk anda mandi disini. Anda juga boleh menonton permainan gasing di beberapa tempat di Kelantan. Ia adalah aktiviti masyarakat tempat yang masih lagi dimainkan sehingga ke hari ini.
Selain dari menonton permainan gasing, anda juga boleh menonton masyarakat tempatan bermain wau bulan. Ia adalah temasya di Kelantan dan anda boleh melihat wau yang besar dan juga berwarna warni disini. Jadi jika anda ke sini pada musim yang betul, anda pasti akan dapat melihat beberapa pertandingan wau dijalankan. Selain itu anda mungkin boleh melawati beberapa buah kilang batik untuk mendapatkan kain batik yang murah dan berkualiti disini.
Apa yang menarik di Kelantan adalah makanannya. Jika anda ke sini namun tidak merasa keenakan Nasi Dagang atau Nasi kerabu, anda sangat rugi kerana kedua-duanya sangat lazat untuk dinikmati. Nasi Kerabu Kelantan adalah hasil gabungan ulam-ulaman yang digaul dengan budu dan juga sayur seperti Tauge dan dimakan bersama Daging Salai atau Ikan Goreng. Manakala bagi nasi dagang pula, Ia adalah nasi seperti pulut yang dimakan bersama Kari Ikan Tongkol.
Tidak jauh jika anda menaiki bas dari Shah Alam ke Kota Bahru. Dengan CatchThatBus, anda tidak perlu beratur panjang di kaunter tiket bas Amanjaya. Anda hanya perlu mendapatkan aplikasi CatchThatBus secara percuma di AppStore, Google Store dan juga Window Store dan membuat belian tiket anda seminggu lebih awal. Jadi siapkan semua barangan anda, dan jom ke Kelantan!

 

Beli Tiket Bas dari Shah Alam ke Kota Bharu Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.