Bas Dari Shah Alam ke Johor Bahru

Bus Schedule


Jika anda ingin menaiki bas dari Shah Alam ke Johor Bahru, anda akan menaiki bas dari Terminal Bas Seksyen 13 Shah Alam dan akan diturunkan di Terminal Bas Larkin. Jarak perjalanan Shah Alam ke Johor Bahru adalah sekitar 340.7 kilometer dan mengambil masa sekitar 3 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Antara bas yang menawarkan perkhidmatan Shah Alam ke Selangor adalah Eagle Express, Kwok Ping Express, dan juga Starmart Express. Harga tiket untuk setiap perjalanan adalah dari RM36.70 – RM48 ringgit untuk setiap perjalanan.

Johor Bahru adalah sebuah bandar yang pesat membangun. Berjirankan Singapura, Johor Bahru sering menjadi tumpuan warga kota Singa untuk turun dan membeli belah di sini. Di sini, terdapat tarikan utama yang tiada di tempat lain. Pertamanya adalah Legoland. Terletak di Iskandar Puteri, dan diilhamkan sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada tahun 2012. Legoland menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Ia adalah taman tema yang pertama di asia tenggara.
Jika anda seorang yang gemar menghayati sejarah. Anda boleh melawat Muzium Darurat di Bukit Kepong. Ia adalah bagi memperingati tragedi berdarah pasukan polis menentang pasukan pengganas komunis semasa zaman darurat. Terdapat gambar-gambar lama yang menceritakan kembali situasi cemas yang pernah berlaku dan juga beberapa buah prop yang menghiasi ruang muzium supaya anda lebih menghayati sejarah ini.
Kemudian lawatilah Johor Premium Outlet, ia adalah sebuah kompleks membeli belah terbesar di Johor dan menempatkan barang-barang berjenama antarabangsa dengan harga yang murah. Jika anda seorang yang gilakan tas tangan, atau jam berjenama anda boleh lawati JPO yang terletak di Kulai Jaya. Selain dari JPO, anda juga boleh ke Bazaar Karat Johor. Ia sebuah pasar malam yang menjual barangan dengan harga yang jauh lebih murah. Di sini terdapat barangan terpakai yang masih elok seperti alatan eletronik, pakaian dan juga permainan untuk kanak-kanak.
Jika anda ingin melihat keindahan Singapura dari seberang, anda boleh ke Danga Bay. Di sini terdapat deretan bangku untuk anda duduk sambil menikmati bayu laut bagi menenangkan minda. Anda juga boleh dapatkan makanan di gerai-gerai yang berhampiran untuk mengisi perut sekiranya anda lapar. Jika anda benar benar lapar, ini adalah beberapa restoran yang patut anda cuba. Antara yang terbaik adalah Mee Rebus Sup Tulang Johor, anda akan dibekalkan dengan tulang Gearbox beserta straw bagi menyedut setiap isi yang ada pada sup tersebut.
Kemudian singgah pula ke Mee Rebus Hj Wahid yang terletak di JB. Ia bukan calang-calang Mee Rebus kerana setiap adunan rempah didalam Mee tersebut sememangnya terasa sehingga ke anak tekak anda. Harganya juga murah beserta warung yang selesa.
Tidak susah untuk ke Johor Bahru, dengan CatchThatBus, anda hanya perlu muat turun aplikasi ini secara percuma di AppStore, Google Store dan juga Window Store. Hanya perlu masukkan tarikh, masa, dan juga destinasi yang ingin dituju, aplikasi ini akan memberikan anda senarai tiket dan juga harga mengikut apa yang ada perlukan. Ia mudah, pantas dan juga teratur. Jadi siapkan barang-barang anda kerana kita akan ke Johor Bahru sekarang!

 

Beli Tiket Bas dari Shah Alam ke Johor Bahru Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.