Bas Dari Shah Alam ke Ipoh

Bus Schedule


Ipoh, Ibu negeri bagi Perak. Ia adalah sebuah bandar perindustrian yang menjadi pusat ekonomi Malaysia. Jika anda menaiki bas dari Shah Alam ke Ipoh, anda akan menempuh perjalanan dalam jarak 212 kilometer dan mengambil masa sekitar 3 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Anda boleh ke Masjid Negeri di Ipoh, keindahan senibina masjid ini seringkali menarik perhatian pengunjung dalam dan juga luar negara. Terdapat 125 kubah yang dibina diatas bumbung masjid. Dewan yang menempatkan ruang solat utama juga berkeluasan 84meter panjang dan mampu menampung 3000 orang dalam satu-satu masa. Kemudian anda boleh ke Taman Alam Kinta, di sini anda boleh melihat pelbagai jenis burung yang singgah mengikut peredaran musim dunia. Terdapat banyak spisis burung yang cantik dan jarang dapat di lihat di mana-mana.

Kemudian anda boleh ke Taman Rekriasi Gunung Lang. Disini adalah lokasi beberapa ikan air tawar yang jarang dijumpai dan menjadi tempat kegilaan para pemancing ikan. Jika anda seorang kaki pancing, pastinya anda tidak melepaskan peluang untuk bertarung bersama ikan-ikan ini. Selain itu juga, di sini boleh berpusing mengelilingi tasik menaiki bot yang disediakan

Beli Tiket Bas dari Shah Alam ke Ipoh Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.