Bas Dari Shah Alam ke Alor Setar

Bus Schedule


Alor Setar, bandar kelahiran dua orang mantan Perdana Menteri Malaysia. Jika anda ingin menaiki bas dari Shah Alam ke Alor Setar, anda akan menempuh perjalanan sejauh 444 kilometer dan mengambil masa sekitar 4 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Antara syarikat bas yang menawarkan bas Shah Alam ke Alor Setar adalah Eagle Ekspres, Transnasional, KPB Expres, dan Hatyai Intertop Express. Harga tiket untuk setiap perjalanan adalah RM49 ke RM53 ringgit. Anda akan menaiki bas di Terminal Bas Shah Alam Seksyen 13 dan akan diturunkan di Terminal Bas Sahab Perdana.

Terdapat beberapa buah tempat pelancongan yang menarik di sekitar Kedah. Jika anda berada di Alor Setar, lawatilah menara Alor Setar. Ia sebuah menara yang berfungsi sebagai tempat penyiaran dan juga tempat pelancongan. Dari sini anda akan dapat menikmati pemandangan di sekitar Kedah dari menara tinjau ini. Kemudian anda boleh berkunjung ke Muzium Padi. Muzium ini terdiri daripada 7 buah bangunan termasuk sebuah bangunan induk berbentuk gemai padi. Di sini anda kan mengenali jenis-jenis padi dan juga proses pembuatannya.

Jika anda sukakan cabaran, lawatilah Gua Gunung Keriang. Ia terletak berhampiran dengan kawasan yang berhampiran dengan Muzium Padi. Ia adalah sebuah gua batu kapur yang menarik untuk dilawati. Antara gua-gua yang terdapat disini adalah Gua Terus, Gua Pelamin dan juga Gua Seribu Bayur. Bagi memudahkan pengunjung, terdapat sebuah lif tujuh tingkat telah dibina disini. Kemudian anda boleh ke Taman Jubli Emas. Di sini terdapat trek jogging bagi mereka yang ingin mengeluarkan peluh dan juga kolam ikan yang besar beserta padang bola. Ini adalah tempat riadah masyarakat setempat yang sering menjadi tumpuan kepada mereka yang ingin berehat bersama keluarga.
Jangan lupa ziarahi Balai Nobat. Bangunan bersejarah ini dibina diawal pembukaan bandar Alor Setar sekitar tahun 1735. Asalnya bangunan ini dibina daripada kayu sebelum dibina semula dengan batu dan logam. Balai Nobat yang baru mempunyai 3 tingkat dengan kubah dikemuncaknya siap dibina pada tahun 1906. Ia digunakan untuk menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang dimainkan pada upacara-upacara seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian DiRaja.

Makanan di kedah juga tidak kurang hebatnya. Cuba keenakan Apam Lenggang Stesyen Bas lama. Apam yang amat ringkas dengan rasa yang unik serta amat menyihatkan ini walaupun nampak ringkas tetapi amat sedap dan menyelerakan jika kena pada caranya. Kemudian cuba singgah ke warung Mat Cucur Udang adalah satu nama yang begitu popular di kalangan penduduk Alor Setar. Ia menyajikan cucur udang terbaik kepada rakyat Kedah sejak berpuluh tahun yang lalu namun hanya di pasar-pasar malam. Dan juga Nasi Kandar Yasmeen, Menurut pengunjung di sini, nasi kandar dengan ayam goreng, telur rebus dan sedikit sayuran sudah cukup untuk menambat hati kita dengan hidangan di sini. Walaupun terdapat menu lain seperti ayam ros, ayam madu dan sebagainya tetapi menu asas tersebut juga yang kerap dipesan pelanggan.

Tidak susah sekiranya anda ingin menaiki bas dari Shah Alam ke Alor Setar, anda hanya perlu memuat turun aplikasi CatchThatBus dari AppStore, Google Store dan juga Window Store secara percuma. Hanya perlu membuat semakan perjalanan yang dikehendaki, beserta tarikh, masa dan juga tempat duduk mengikut keselesaan anda. Kini perjalanan dari Shah Alam ke Alor Setar bukanlah sesuatu yang sukar. Persiapkan diri anda kerana anda kini bersedia untuk ke Alor Setar.

Beli Tiket Bas dari Alor Setar ke Kuantan Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.