Bas Dari Seremban ke Kuala Terengganu

Bus Schedule


Perjalanan Bas Dari Seremban ke Kuala Terengganu

Jika anda ingin menaiki bas dari Seremban ke Kuala Terengganu, anda akan menempuh satu perjalanan dengan jarak sejauh 467 kilometer dan mengambil masa sekitar 7 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Antara syarikat yang menawarkan bas dari Seremban ke Terengganu adalah Cepat Ekspress dan juga Transnasional. Anda akan menaiki bas di Terminal 1 Seremban dan akan diturunkan di Hentian Bas Baru Majlis Perbandaran Kuala Terengganu.

Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Menaiki bas untuk bercuti ke Kuala Terengganu amat menyeronokkan. Di Kuala Terengganu terdapat gugusan pulau-pulau yang indah yang sering menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara. Antara pulau yang sering menjadi tumpuan para pelancong adalah Pulau Perhentian, Pulau Redang, dan juga Pulau kapas. Anda boleh ke pulau ini dengan menaiki feri di jeti. Kemudian anda juga boleh ke kawasan menarik di Taman Tamadun Islam. Di sinilah terletaknya Masjid Kristal, sebuah masjid yang dibina menggunakan kaca dan juga besi sebagai hiasan. Apabila ia disinari cahaya matahari, ia akan berkilau seperti Kristal.

Kemudian, di kawasan masjid tersebut juga terdapat sebuah Taman Tamadun Islam yang menjadi tarikan pelancong dari timur tengah. Di sini anda boleh melihat replika-replika masjid dari serata dunia dibina untuk tatapan pengunjung. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu. Disini anda akan dapat lihat beberapa artifak tinggalan masyarakat Melayu lama dan juga beberapa sejarah-sejah awal Terengganu.
Jika anda ingin melihat keindahan buatan manusia, pergilah ke Tasik Kenyir. Ia adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia dan digelar sebagai “Pepsi Blue” oleh penduduk tempatan. Kerana air tasik ini bewarna kebiruan. Memang indah sekiranya anda mengabadikan kenangan bergambar disini. Jika anda ingin bercuti, kami cadangkan anda bermalam di rumah rakit Tasik kenyir. Anda akan dibawa berpusing sekitar tasik dan bermalam di rumah rakit.

Jika anda ingin melihat Penyu, anda boleh berkunjung ke Santuari Penyu Rantau Abang. Di sini anda bertuah, anda boleh melihat penyu bertelur pada malam hari. Rantau Abang adalah salah sebuah pusat pembiakan habitat penyu belimbing dan juga hijau. Untuk pengetahun anda, penduduk Terengganu gemar menikmati hidangan telur penyu ini. Namun sekarang untuk mengambil menjual telur-telur tersebut anda haruslah mendapat lesen khas. Jika anda ingin mendapatkan ikan segar, anda boleh ke perkampungan nelayan. Di Kuala Terengganu terdapat banyak perkampungan nelayan yang menjadi asas ekonomi kepada negeri ini.

Makanan Sedap di Kuala Terengganu

Setiap ikan yang dinaikkan di sini amatlah segar dan enak dimakan. Bercakap tentang makanan, anda jangan lupa untuk merasai sendiri keenakan Keropok Lekor Terengganu. Di sini Keropok Lekornya adalah keropok Lekor asli yang mempunyai isi ikan yang padat. Cuba juga Sata dan Otak-otak. Inti ikan yang mereka gunakan adalah yang terbaik.

Beli Tiket Bas dari Seremban ke Kuala Terengganu Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.