Bas Dari Seremban ke Ipoh

Bus Schedule


Perjalanan Bas Dari Seremban ke Ipoh

Jika anda ingin berehat sambil menikmati secangkir kopi yang lazat, sila lah ke bandar Ipoh. Untuk menaiki bas dari Seremban ke Ipoh, anda akan menempuhi perjalanan sejauh 276 kilometer dan mengambil masa sekitar 3 jam perjalanan bergantung kepada keadaan trafik semasa. Antara bas yang yang menawarkan perkhidmatan Seremban ke Ipoh adalah Cepat Ekspress dan juga S&S International dengan harga tiket sekitar RM25 ringgit untuk setiap perjalanan. Anda akan menaiki bas di Terminal 1 Seremban dan akan diturunkan di Terminal Aman Jaya Ipoh.

Tempat Menarik di Ipoh

Ipoh sememangnya destinasi bagi mereka yang sukakan suasana klasik. Di pekan Ipoh, anda akan dapat lihat suasana seperti tahun 1950 an yang masih lagi dikekalkan oleh penduduk tempatan. Bangunan era kolonial Bristish masih lagi kelihatan pada beberapa buah bangunan yang kini sudah dimodenkan. Jika anda berjalan di Pekan Ipoh, terdapat beberapa buah gerai kopi yang sememangnya menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong dalam dan juga luar negara.

Anda boleh ke Masjid Negeri di Ipoh, keindahan senibina masjid ini seringkali menarik perhatian pengunjung dalam dan juga luar negara. Terdapat 125 kubah yang dibina diatas bumbung masjid. Dewan yang menempatkan ruang solat utama juga berkeluasan 84meter panjang dan mampu menampung 3000 orang dalam satu-satu masa. Kemudian anda boleh ke Taman Alam Kinta, di sini anda boleh melihat pelbagai jenis burung yang singgah mengikut peredaran musim dunia. Terdapat banyak spisis burung yang cantik dan jarang dapat di lihat di mana-mana.

Kemudian anda boleh ke Taman Rekriasi Gunung Lang. Disini adalah lokasi beberapa ikan air tawar yang jarang dijumpai dan menjadi tempat kegilaan para pemancing ikan. Jika anda seorang kaki pancing, pastinya anda tidak melepaskan peluang untuk bertarung bersama ikan-ikan ini. Selain itu juga, di sini boleh berpusing mengelilingi tasik menaiki bot yang disediakan

 

Beli Tiket Bas dari Seremban ke Ipoh Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.