Bas Dari Mersing ke Kuala Lumpur

Bus Schedule


Jika anda menaiki bas dari Mersing ke Kuala Lumpur, anda akan menempuh perjalanan sejauh 350 kilometer dan mengambil masa sekitar 4 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Kuala Lumpur, ibu negara Malayasia dan juga pusat ekonomi bagi penduduk Malaysia, disini terdapat bangunan-bangunan yang tinggi dan juga kondo-kondo mewah yang menjadi impian setiap warga yang melihatnya. Di Kuala Lumpur juga tersergam indah dua buah Istana yang menjadi kediaman rasmi bagi Yang-Dipertuan Agong Malaysia. Salah satu darinya kini sudah menjadi Muzium Diraja dan dibuka kepada orang ramai untuk lawatan umum.
Bagi mereka yang ingin melihat pemandangan Kuala Lumpur dari tempat yang tinggi, kami cadangkan anda untuk ke Menera Kuala Lumpur. Ia adalah menara kedua tertinggi di Malaysia dan juga menara tertinggi di Asia Tenggara. Anda akan dapat menikmati keindahan kota raya Kuala Lumpur kerana terdapat deretan teropong yang disediakan. Disini juga terdapat tempat makan yang menarik seperti restoran berputar dan juga restoran yang tergantung di udara.
Kemudian pergilah ke Muzium Telekom, di sini anda akan dapat lihat perubahan teknologi komunikasi dari zaman selepas merdeka sehingga ke hari ini. Terdapat banyak model telefon lama dan juga alat komunikasi yang pernah menjadi kegunaan pihak Telekom. Anda juga boleh berjalan-jalan taman rekriasi KLCC, sebuah taman hijau di belakang bangunan KLCC. Jika anda mempunyai anak kecil, anda boleh membawa mereka mandi secara percuma di kolam yang disediakan.
Di Kuala Lumpur, hampir semua jenis makanan anda boleh dapatkan di sini. Baik dari masakan Melayu, Cina, India, Barat, Timur Tengah dan juga Jepun. Semua boleh didapati di Kuala Lumpur. Itu belum lagi dikira masakan dari setiap negeri yang ada di Malaysia. Jadi jika anda ingin makan sesuatu yang istimewa, semua yang ada di sini istimewa dan kami cadangkan supaya anda mempunyai wang yang cukup sebelum melangkah kaki masuk ke mana-mana restoran.
Selain dari makanan dan juga tempat menarik, anda juga boleh menginap di mana-mana hotel disini, terdapat hotel yang mewah sehingga hotel bajet yang boleh menjadi pilihan anda. Jika anda ingin menetap lama disini, anda bebas untuk memilih mana-mana hotel yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur. Jika anda menaiki bas dari Ipoh, terdapat 3 hentian bas yang menjadi pilihan anda untuk diturunkan. Pertama adalah hentian Terminal Bersepadu Selatan, Hentian Pekeliling, dan juga Hentian Duta. Setiap hentian ini mempunyai kemudahan lain seperti tren dan juga teksi bagi memudahkan anda untuk ke destinasi lain.
Menaiki Bas dari Mersing ke Kuala Lumpur tidaklah sukar dengan CatchThatBus. Cuma perlu muat turun aplikasi ini di AppStore, dan juga Google Store secara percuma dan terus buat pembelian tiket anda. Tidak perlu untuk bersusah payah untuk beratur di kaunter, anda Cuma perlu buat belian secara online dan terus pamerkan e-tiket anda pada pemandu bas pada hari yang ditetapkan. Jom ke Kuala Lumpur!

Beli Tiket Bas dari Mersing ke Kuala Lumpur Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.