Bas Dari Kuala Terengganu ke Shah Alam

Bus Schedule


Perjalanan Bas Dari Kuala Terengganu ke Shah Alam

Menghadap laut Cina Selatan, Kuala Terengganu terletak di sebelah pantai timur Malaysia. Dengan pantai di sepanjang negeri, dan dihiasi dengan pulau-pulau yang cantik menjadikan Ia tempat percutian yang ideal. Jika anda menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Shah Alam anda akan menempuh satu perjalanan sejauh 474 dan mengambil masa sekitar 4 jam 30 minit atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Anda akan menaiki bas dari Terminal Bas MPKT dan akan diturunkan di Stesen Bas Seksyen 13 Shah Alam.

Tempat Menarik di Shah Alam

Ibu negeri bagi Selangor, Shah Alam dikenali sebagai pusat perindustrian di Malaysia. Terdapat banyak kilang yang menjalankan pelbagai sektor industri boleh dilihat di sini. Ia adalah bagi menjana ekonomi sekaligus menaikkan kualiti Shah Alam di Malaysia. Pelabur juga rata-rata mengambil peluang membuka kilang mereka disini kerana keyakinan mereka terhadap ekonomi Malaysia.

Shah Alam mempunyai lokasi menarik untuk dilawati. Anda akan diturunkan di Stesen Bas Seksyen 13 apabila anda menaiki bas ke sini. Berhampiran dengan stesen bas adalah Stadium Melawati dan juga Staduim Bola Sepak Shah Alam. Ia adalah mercu tanda sekiranya anda berkunjung ke Shah Alam. Di kawasan yang berhampiran juga terletaknya Masjid Sultan Abdul Aziz, masjid yang menjadi mercu tanda masyarakat tempatan. Keindahan masjid ini dapat dilihat kerana ia dibina didalam taman yang indah.

Anda boleh bersiar di Taman Tasik Shah Alam sekiranya anda ingin merehatkan diri. Di tengah-tengah tasik ini terdapat sebuah restoran terapung yang menjadi buah mulut penduduk tempatan. Di restoran ini anda boleh menjamu selera hidangan seperti Siakap 3 Rasa, Sotong Tepung dan juga hidangan lain. Bersebelahan dengan tasik ini terdapat sebuah taman tema air mini. Dibuka setiap Isnin – Sabtu, anda boleh ke sini untuk berhibur seisi keluarga.

Selain itu, anda boleh bermain di Extreme Park Shah Alam. Terletak di Seksyen 13, taman Extreme ini dibuka untuk kegunaan golongan muda beriadah. Terdapat aktiviti Rock Climbing, Paintball, Go-Kart dan juga Skate Boarding disini. Bagi anda yang gemarkan cabaran, anda boleh singgah dan menghabiskan masa dengan kenalan baru sambil melakukan beberapa aktiviti lasak.

Jadi dapatkan tiket anda di www.catchthatbus.com sekarang. Cuma perlu layari dan mula buat semakan perjalanan anda. Anda juga boleh muat turun aplikasi CatchThatBus percuma di AppStore dan juga Google Store. Masukkan tarikh perjalanan, pilih tempat duduk dan juga pilih operator bas mengikut keselesaan anda. Semuanya mudah dihujung jari dengan aplikasi CatchThatBus.

Beli Tiket Bas dari Kuala Terengganu ke Shah Alam Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.