Bas Dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru

Bus Schedule


Perjalanan Dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru

Jika anda ingin berjalan ke selatan tanah air, kami cadangkan supaya anda ke Johor.Menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru adalah sekitar 569 kilometer dan mengambil masa sekitar 6 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Tempat Menarik di Johor Bahru

Johor Bahru adalah berjiran dengan Singapura dan ia memainkan peranan penting dalam menyumbang ekonomi kepada Malaysia. Taman tema Legoland nya yang unik sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana ia adalah Taman tema pertama seumpanya di Malaysia. Selain itu di Johor juga terletaknya pulau yang dinobat antara 10 pulau tercantik di dunia, Pulau Tioman. Untuk ke Pulau Tioman, anda hanya perlu ke jeti Kuala Mersing dan bersedia mendapatkan feri untuk kesana.

Anda juga boleh ke Baazar Karat Johor untuk membeli belah. Di sini terdapat berbagai jenis barangan yang dijual secara murah dan anda boleh melakukan proses tawar menawar untuk mendapatkan sesuatu barangan dengan harga yang jauh lebih murah. Jika anda lebih gemarkan barang yang berjenama, anda boleh ke Johor Premium Outlet di Kulai Jaya. Di sini hampir semua barangan berjama mendapat potongan harga dan ia tidak mahal berbanding harga pasaran.

Selain dari membeli belah, anda boleh juga melawat Muzium Negeri Johor. Di sini anda akan dapat menyelami sejarah-sejarah pembangunan Negeri Johor pada satu ketika dulu. Kemudian anda boleh ke Danga Bay untuk mengambil angin. Di sini anda pastinya akan dapat menenangkan jiwa sambil menikmati snek sampingan yang dijual oleh gerai-gerai di sekitar kawasan tersebut. Dari sini anda akan dapat melihat bandaraya Singapura yang terletak di Seberang Tambak.

Tentang makanan, cuba Mee Bandung Muar dan juga juga Mee Rebus Johor. Kedua-dua hidangan ini adalah hidangan terbaik negeri Johor kerana anda akan dapat merasa gabungan kuah yang pekat beserta Mee yang lembut dalam satu hidangan. Selain itu makan yang menjadi kegemaran para pelancong dalam dan luar negara adalah Mee Tulang di Johor Bahru. Mee ini dihidang dengan sup tulang yang panas beserta straw untuk anda menyedut rawan.

Jadi, jika anda ingin membeli tiket bas dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru, anda hanya perlu untuk memuat turun aplikasi CatchThatBus. Dengan aplikasi ini anda tidak perlu untuk beratur panjang di kaunter untuk mendapatkan tiket bas. Anda juga hanya perlu membuat pilihan tarikh, masa dan juga tempat duduk mengikut keselesaan dan bersiap untuk ke Johor Bahru selepas itu.

Beli Tiket Bas dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.