Bas from Kuala Lumpur ke Singapura

Bus Schedule


Perjalanan Dari Kuala Lumpur ke Singapura Dengan Bas

Singapura, Bandar Singa hanyalah 5 ke 7 jam perjalanan, bergantung keadaan trafik apabila anda menaiki bas Kuala Lumpur ke Singapura. Kesemua bas dari Kuala Lumpur ke Singapura adalah sangat selesa sehinggakan anda mempunyai ruang untuk meregangkan kaki anda. Jika anda ingin menikmati selain dari pemandangan luar tingkap, anda pasti sukakan filem yang ditayangkan semasa perjalanan. Bergantung kepada bas KL ke Singapura yang anda pilih, sesetengah dari bas tersebut membekalkan hidangan ringan sekiranya anda lapar.
Bas KL ke Singapura bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan.

Untuk ke Terminal Bersepadu Selatan, anda boleh menaiki bas Rapid KL (T405, T408, or T424), ataupun menaiki tren seperti LRT (Ampang Line – Stesen Bandar Tasik Selatan), Tren KTM Komuter (Seremban Line – Bandar Tasik Selatan), dan ERL (dari KL Sentral atau KLIA2) untuk ke sana.

Walau bagaimanapun, jika Terminal Bersepadu Selatan jauh dari anda, anda masih lagi bernasib baik! Terdapat tiga lagi tempat lain yang boleh anda tuju untuk membeli tiket bas Kuala Lumpur ke Singapura dengan CatchThatBus. Satu lagi tempat terletak di Tren KTM Komuter (Stesen Kuala Lumpur), KL Sentral (dengan LRT), dan juga Berjaya Times Square (Stesen Monorail Imbi).

Beli Tiket Bas ke Singapura Dengan CatchThatBus

Urusan perjalanan ke Singapura sepatutnya dilakukan hanya sekali – semasa anda sudah bersedia untuk ke Singapura, bukan semasa anda membeli tiket bas KL ke Singapura.

Dengan CatchThatBus, anda dapat membuat pilihan pengusaha bas dengan hanya satu klik. Anda juga membuat pilihan masa dan juga tempat duduk yang selesa semuanya boleh dilakukan hanya di rumah.
Bergantung kepada pengusaha bas, sesetengah dari mereka lebih selesa jika anda menunjukkan tiket print, manakala sesetengah dari mereka pula lebih selesa dengan e-tiket. Jadi pastikan anda membuat penelitian bagi memudahkan urusan perjalanan anda. Sekarang anda sudah dapatkan tiket, anda boleh terus ke ruangan berlepas untuk menaiki bas. Jika perlukan bantuan, terdapat atendan bas yang sedia membantu anda disana.
Dan jika anda awal dari jadual perjalanan, terdapat ruangan menunggu sementara anda menantikan bas Kuala Lumpur ke Singapura tiba. Apabila sudah sampai, anda boleh terus naik dan menikmati perjalanan ke Singapura.
Di Singapura, bas akan berhenti di dua hentian – The Plaza@Beach Road dan Golden Mile Tower. Pilih lokasi hentian anda dan mari mulakan perjalanan!

Beli Tiket Bas Anda Dari Kuala Lumpur ke Singapura di www.catchthatbus.com

Beli Tiket Bas dari Kuala Lumpur ke Singapura Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.