Bas Dari Kuala Lumpur ke Seremban

Bus Schedule


Kuala Lumpur adalah ibu negara bagi Malaysia. Kedudukannya di dalam Selangor menjadikan setiap penjuru Kuala Lumpur adalah bersempadan dengan daerah di Selangor. Jika anda ingin ke Seremban dari Kuala Lumpur, anda boleh menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan dan akan diturunkan di Terminal 1 Seremban. Jarak perjalanan pula adalah sejauh 64 kilometer melalui lebuh raya Utara Selatan dan mengambil masa kira-kira 1 jam untuk anda tiba.

Menurut sejarah, Negeri Sembilan mendapat nama bersempena daerah-daerah kecil yang terdapat dalam jajahannya. Kini Negeri Sembilan mempunyai lebih dari Sembilan daerah dan semuanya mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati.
Pergilah ke Istana Seri Menanti, ia adalah sebuah Istana lama yang kini berfungsi sebagai muzium bagi tatapan umum. Menariknya Istana ini adalah ia dibina tanpa sebarang paku dan menggunakan pasak sebagai ganti. Anda harus melihat sendiri kesenian di setiap sudut istana ini kerana ia adalah hasil tangan yang sangat teliti.
Kemudian anda boleh ke Ladang Alam Warisan di Seri Menanti, di sini anda akan dapat lihat perkampungan melayu lama dengan tema Minangkabau. Terdapat ladang rusa dan juga ladang kuda dan anda boleh melakukan aktiviti seperti memanah, menunggang kuda dan juga beberapa aktiviti lain melayu lama disini. Jika anda ingin merasai sendiri suasana kampung, silalah berkunjung kesini kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang menunggu anda.
Jika anda ingin bermain di laut, pergilah ke Pantai Port Dickson, anda akan dapat bermain Banana Boat dan juga Jet Ski bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Selalunya di pantai ini sering menjadi tapak anak-anak muda untuk berkumpul dan beriadah bersama, antara aktiviti yang sering dilakukan disini adalah BBQ di tepi pantai.
Anda juga boleh ke Air Terjun Ulu bendul di kuala pilah. Tidak perlu risau tentang bagaimana anda ingin menukar pakaian kerana fasiliti yang disediakan di sini adalah terbaik dan anda pastinya tidak mempunyai kesukaran untuk melakukan salinan selepas mandi.
Jadi dapatkan tiket bas Kuala Lumpur – Seremban anda sekarang di CatchThatBus sekarang. Hanya perlu masukkan tarikh, hari dan masa perjalanan yang ditetapkan dan terus buat semakan perjalanan anda di www.catchthatbus.com. Anda juga boleh muat turun aplikasi ini percuma di AppStore dan juga Google Store dan dapatkan tiket bas anda di mana saja anda berada.

Beli Tiket Bas dari Kuala Lumpur ke Seremban Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.