Bas from Kuala Lumpur ke Pulau Pinang

Bus Schedule


Perjalanan Dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang Dengan Bas

Sudah sediakan perut anda? Kerana kita akan jelajahi sebuah pulau yang dipenuhi makanan sedap! Kalua anda nak menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, terdapat banyak bas yang sudi membawa anda ke sana. Semua bas KL ke Pulau Pinang sangat selesa untuk dinaiki, anda boleh duduk dengan tenang dan selesa sementara menunggu bas anda sampai ke Pulau Pinang.

Jika anda tidak mampu untuk membaca dalam kenderaan, taka apa, cuba nikmati filem yang ditayangkan. Dan jika berfikir tentang makanan disana membuat anda lapar, jangan risau kerana sesetengah bas dari KL ke Pulau Pinang menyediakan hidangan ringan untuk memastikan anda kekal bertenaga.

Bas KL ke Pulau Pinang boleh dinaiki dari Terminal Bersepadu Selatan. Untuk ke Terminal Bersepadu Selatan, anda boleh menaiki bas Rapid KL (T405, T408, or T424), ataupun menaiki tren seperti LRT (Ampang Line – Stesen Bandar Tasik Selatan), Tren KTM Komuter (Seremban Line – Bandar Tasik Selatan), dan ERL (dari KL Sentral atau KLIA2) untuk ke sana.

Tapi jangan risau punya, jika anda tidak mudah untuk ke Terminal bersepadu Selatan, terdapat 3 lagi Terminal yang boleh anda pilih untuk mendapatkan tiket bas KL ke Pulau Pinang dengan CatchThatBus. Anda juga boleh gunakan tren KTM Komuter (Hentian Kuala Lumpur) atau juga KL Sental (dengan LRT) atau Hentian Duta (terletak di Jalan Duta bersebelahan dengan Stadium Hoki).

Beli Tiket Bas ke Pulau Pinang Dengan CatchThatBus

Dengan CatchThatBus, anda boleh membuat pilihan bas Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dengan hanya satu klik. Mudah kerana anda boleh membuat pilihan tempat duduk dan juga masa mengikut keselesaan. Jika anda membeli tiket bas Kl ke Pulau Pinang dengan CatchThatBus, anda akan menaiki bas yang selesa seperti Season Express, Nice, Pluslinear, Transnasional, dan Eagle Ekspres.

Bergantung kepada pengusaha bas, sesetengah dari mereka lebih selesa jika anda menunjukkan tiket print, manakala sesetengah dari mereka pula lebih selesa dengan e-tiket. Jadi pastikan anda membuat penelitian bagi memudahkan urusan perjalanan anda. Sekarang anda sudah dapatkan tiket, anda boleh terus ke ruangan berlepas untuk menaiki bas. Jika perlukan bantuan, terdapat atendan bas yang sedia membantu anda disana. Dan jika anda awal dari jadual perjalanan, terdapat ruangan menunggu sementara anda menantikan bas Kuala Lumpur ke Pulau Pinang tiba.
Setelah anda tiba di Pulau Pinang, anda akan diturunkan di Terminal Sungai Nibong. Di sini lah perjalanan anda bermula. Kami janji tak akan berkata apa-apa jika anda perlukan kerusi lebih selepas banyak makan disini.

Beli Tiket Dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang di www.catchthatbus.com