Bas from Kuala Lumpur ke Kuantan

Bus Schedule


Perjalanan Dari Kuala Lumpur ke Kuantan Dengan Bas

Kuala Lumpur, ibu negara bagi Kuala Lumpur dan pusat janaan ekonomi bagi Malaysia. Jika anda menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Kuantan, anda akan menempuh satu perjalanan sejauh 236 kilometer ke Pantai Timur dan mengambil masa sekitar 4 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Tempat Menarik di Kuantan

Apa yang menarik di Kuantan dan juga Pahang adalah keindahan alam semula jadinya. Di sini terletaknya Taman Negara Malaysia, sebuah kawasan hutan simpan yang menjadi tumpuan para pelancong. Di sini juga terdapat santuari Ikan Kelah, dimana ia menjadi kegilaan para pemancing untuk mendapatkan sedikit cabaran di sini. Kemudian anda boleh ke Teluk Cempedak, ia terletak kira-kira 12 kilometer dar pekan Kuantan. Kawasan pantainya yang berbatu sememangnya indah untuk dijadikan lokasi mengabadikan gambar dan juga berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan matahari tenggelam.

Selain itu, anda boleh ke daerah lain di negeri Pahang. Jika anda inginkan tempat istirehat yang tinggi dan nyaman, kami cadangkan supaya anda ke Tanah Tinggi Cameron atau Genting Highlands. Kedua-duanya mempunyai daya tarikan yang sendiri. Tanah tinggi Cameron amat sesuai jika anda ingin pergi bercuti bersama keluarga, manakala Tanah Tinggu Genting pula jika anda perlukan hiburan bersama teman-teman. Suhu di sini sejuk dan ia sememangnya nyaman untuk anda.
Atau mungkin anda patut ke Bukit Tinggi, di sini terletaknya sebuah taman yang dihiasai ala-ala rumah di Jepun. Anda juga berpeluang untuk memakai pakaian tradisonal jepun seperti Kimono dan juga Yukata dengan harga sekitar RM40 ringgit. Sekitarnya tamanya terdapat beberapa buah kolam kecil dan juga terdapat sebuah rumah yang menyediakan servis membancuh the ala masyarakat jepun.

Makanan yang sedap di Kuantan

Makanan di sini tidak kurang hebatnya. Cuba masakan ala kampung dari Pahang seperti Tempoyak Ikan Patin. Atau Toman Masak Lemak Cili Api, kedua makanan ini sememangnya sangat terkenal di Pahang. Mereka juga mempunyai Sambal Hitam, sejenis masakan seperti sambal kering yang ditumis dengan ikan bilis hancur. Kebanyakkan makanan di sini keistimewaannya adalah lauk pauk yang enak dimakan bersama nasi. Selain itu satu lagi makanan wajib cuba adalah Asam Rong, sejenis masakan ala-ala Asam Pedas Melaka.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk bercuti di Kuantan, tidak perlu risau tentang tiket kerana dengan CatchThatBus, anda hanya perlu memuat turun aplikasi kami percuma di AppStore, Google Store dan juga Window Store. Anda cuma perlu untuk masukkan destinasi, masa dan juga tarikh perjalanan. Jika anda menaiki bas dari Kuala Lumpur, perjalanan anda akan bermula di Terminal Bersepadu Selatan dan akan diturunkan di Terminal Sentral Kuantan. Bersiap sekarang kerana anda akan ke Kuantan selepas ini.

Beli Tiket Bas ke Kuantan di www.catchthatbus.com