Bas Dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis

Bus Schedule


Perlis, terletak di utara Malaysia dan bersempadan dengan negara jiran iaitu Thailand. Perlis adalah sebuah negeri yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Jika anda mengambil bas dari Kuala Lumpur ke Perlis, anda akan menempuh perjalanan sejauh 425 kilometer dan mengambil masa sekitar 6 jam perjalanan bergantung kepada keadaan trafik semasa. Antara bas yang menawarkan perkhidmatan bas Kuala Lumpur ke Perlis adalah Intercity Coach, Plusliner juga Transnasional. Tambang tiket untuk setiap perjalanan adalah sekitar RM47.

Jika ke Pelis jangan lupa untuk ke tempat-tempat menarik yang terdapat di sini. Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan kesuburan tumbuhan hijau serta kedinginan air terjun, Bukit Ayer lengkap untuk dijadikan tarikan kepada sesiapa yang sememangnya cintakan alam semulajadi. Ia merupakan tempat yang paling baik untuk pengunjung sekeluarga menjalankan aktiviti perkemahan serta berkelah di sini. Disamping itu juga terdapat kemudahan awam disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berkunjung ke sini.
Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak kereta. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangar. Selain itu anda juga boleh ke Tasik Melati, ia merupakan satu tasik yang kecil dengan airnya yang cetek dan sangat menarik. Lebih dari 150 buah pulau-pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan ditasik ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik, di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat.
Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran. Bandar diraja yang menjadi bandar kedua terpenting selepas ibu negeri sering dirujuk sebagai tempat bersemayam Sultan dan Raja negeri di Malaysia. Mungkin ramai dari kita kurang perasan, sebenarnya bandar diraja adalah ibu negeri yang pertama kepada negeri berkenaan kerana kedudukan strategik di muara sungai. Lazimnya, di sini tarikan pelancongan utama yang seharusnya dikunjungi khususnya ketika musim cuti sekolah kerana menempatkan sejarah dan warisan bangsa yang perlu diteroka oleh generasi muda.
Bandar Arau terletak kira-kira 10 kilometer dari Kangar ialah bandar diraja bagi negeri Perlis. Di sini ada istana, makam diraja, masjid negeri dan bangunan awam seperti pejabat pos, bomba dan stesen keretapi. Bandar Arau juga terkenal dengn tempat-tempat makan yang menarik. Cuba Mee Ketam Nipah Green Café, dan juga Daging Bakar Honey Kuala Perlis. Ia sememangnya hidangan tempatan yang enak dan anda harus mencubanya. Jika anda makanan ala kampung, singgah ke restoran Anjung Keli. Disini terdapat pelbagai hidangan berasaskan ikan keli untuk anda nikmati. Dan akhir sekali singgah ke Murtabak Mata Ayer untuk anda nikmati Murtabak bersaiz XXL.
Menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Perlis adalah sesuatu yang mudah dengan aplikasi CatchThatBus. Anda hanya perlu muat turun aplikasi ini di Appstore, Google Store dan juga Window Store secara percuma. Kemudian anda hanya perlu buat semakan perjalanan, degan memasukkan tarikh, hari dan juga pilih tempat duduk mengikut keselesaan anda. Buat pembayaran secara online melalui Online Banking, Kad Debit dan Kredit atau Paypal. Kini Kuala Lumpur ke Perlis bukan lagi perkara yang perkara yang sukar.

Beli Tiket Bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.