Bus Schedule


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar dengan Bas

Alor Setar, ibu negeri kepada Kedah Darul Aman adalah negeri kelahiran bagi dua orang bekas Perdana Menteri Malaysia. Jika anda menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, anda akan menempuh perjalanan sejauh 438 kilometer dan mengambil masa sekitar 4 jam bergantung kepada keadaan trafik. Antara operator bas adalah Intercity Coach, Plusliner dan Transnasional.

Tempat menarik di Alor Setar

Alor Setar adalah sebuah bandar yang sedang dalam proses membangun. Sepanjang perjalanan di sini anda boleh menikmati pemandangan yang sawah padi yang indah. Kedah adalah negeri pengeluar padi terbesar di Malaysia dan disini terdapat kilang-kilang yang memproses beras mentah untuk dipasarkan kepada pembekal di Malaysia. Oleh kerana ia bersempadan dengan Thailand, di sini terdapat banyak Wat Siam yang kelihatan.

Jika anda ingin mengetahui sejarah Kedah anda boleh berkunjung ke Muzium Negeri Kedah. Di sini terdapat banyak gambar-gambar lama yang menceritakan banyak peristiwa yang berlaku di Negeri Kedah suatu ketika dahulu. Selain dari Muzium Negeri Kedah, anda juga boleh melawat Muzium Rumah Kelahiran Tun Dr.Mahathir Mohamad. Ia sebuah rumah replika yang dibina mengikut rumah asal bekas perdana menteri itu.
Selain itu, anda boleh melawat ke Taman Anggur di Kedah. Ladang yang mempunyai keluasan 34 ekar ini menjadi daya tarikan baru di Sik. Satu tempat pelancongan yang menarik di Kedah yang unik dan boleh diketegorikan sebagai destinasi agro-pelancongan. Kemudian anda boleh melawat Menara Alor Setar. Ia adalah menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Ia juga adalah menara komunikasi dan berfungsi sebagai penerima siaran untuk bahagia Utara.

Kemudian anda boleh ke Kolam Air Panas Ulu Lenggong di Baling Kedah. Ia adalah sebuah kolam rekriasi air panas dan dibuka selama 24jam sehari. Kandungan air panas semula jadi ini mampu untuk mengubati pelbagai jenis penyakit kulit dan ia juga bagus untuk kesihatan. Ia kaya dengan sulfur yang bagus untuk mengekalkan kecantikan kulit, mempunyai 5 buah kolam dengan suhu 50-60 darjah untuk aktiviti riadah anda.
Jika anda ingin membeli belah sambil bercuti, anda boleh ke Pulau Langkawi kerana disini ia diketegorikan sebagai pulau bebas cukai.

Makanan yang sedap di Alor Setar

Segalanya murah berbanding apa yang dijual di pasaran tempatan untuk ke sini anda hanya perlu menaiki feri di jeti Kuala Kedah. Bagi kaum hawa, jangan lepaskan peluang untuk anda mendapatkan pinggan mangkuk yang cantik-cantik dan juga kepada mereka yang gemarkan cokelat, Langkawi adalah destinasi yang pastinya menjadi pilihan anda untuk mendapatkan semua manisan tersebut.

Beli Tiket Bas ke Alor Setar di CatchThatBus

Jika anda menaiki bas dari Kuala Lumpur, anda akan diturunkan di Terminal Bas Alor Setar ataupun Terminal Bas Sahab Utama. Kini tidak perlu risau lagi tentang tiket, anda cuma perlu memuat turun aplikasi CatchThatBus dengan percuma di AppStore, Google Store dan juga Window Store dan mula semak perjalanan anda. Hanya perlu masukkan tarikh, masa dan pilih tempat duduk yang selesa dan anda akan dapat menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Alor Setar dengan selesa.