Bas Dari Kota Bharu ke Melaka

Bus Schedule


Perjalanan Bas Dari Kota Bharu ke Melaka

Melaka, sebuah bandar bersejarah yang menjadi permulaan bagi negara Malaysia. Bandar ini pernah dijajah oleh 4 kuasa asing dan meninggalkan banyak budaya baru setelah itu. Jika anda menaiki bas dari Kota Bharu ke Melaka, anda akan menempuh perjalanan sejauh 614 kilometer dan mengambil masa sehingga 7 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Bas yang menawarkan perkhidmatan Kota Bahru ke Melaka adalah Transnasional dengan tambang sekitar RM57.60 untuk setiap perjalanan.

Tempat Menarik di Melaka

Jika ke Melaka, anda pastinya akan dapat melihat banyak bangunan tinggalan sejarah disini. Antara bangunan yang masih lagi mendapat perhatian pengunjung dalam dan luar negara adalah Pintu Lama kota A Famosa Melaka, Bangunan Stadthyus, Kubur Belanda dan juga Replika Kapal Flora De Mar. kesemua ini terletak di kawasan Bandar Hilir yang bewarna warni. Pekan ini juga dihiasi dengan menara Taming Sari, sebuah menara tinjau yang berpusing 360 darjah untuk anda menikmati pemandangan sekitar Melaka.

Kemudian, anda boleh menaiki bot di Muara Sungai Melaka untuk melihat pemandangan di sepanjang jalan. Ia ibarat menaiki bot menyusuri sungai Venice di Itali, namun anda melakukannya di Malaysia. Terdapat juga platform kayu dan juga tempat pejalan kaki yang disediakan disini bagi memudahkan anda untuk bersiar-siar di sepanjang Sungai Melaka. Jika anda ingin melihat penempatan asal penduduk Melaka lama, pergilah ke Kampung Morten. Di sini adalah penetapan golongan Melayu Lama, dan anda boleh memasuki rumah-rumah ini untuk membuat lawatan.

Jika anda ingin merehatkan diri, kami cadangkan supaya anda ke Air Panas Gadek di Alor Gajah. Kolam air panas ini adalah semula jadi dan dibuka 24 jam seminggu untuk kegunaan pengunjung. Terdapat beberapa buah kolam yang disediakan mengikut tahap kepanasan air, dan juga mereka membekalkan wifi percuma untuk kegunaan pengunjung. Bayaran masuk ke kolam ini adalah RM5 bagi seorang. Kemudian lawati Muzium Negeri Melaka. Disini anda akan dapat lihat artifak tinggalan sejarah yang dipamerkan. Anda akan menyelami beberapa peristiwa berkaitan Negeri Melaka pada zaman kegemilangannya sehingga ia menjadi kejatuhan sebuah empayar pada tahun berikutnya.

Makanan Sedap di Melaka

Jika perut anda sudah lapar, apa kata anda cuba masakan orang Melaka. Sila ke Umbai untuk dapatkan makanan laut segar, anda pastinya tidak akan menolak segala ikan dan juga makanan laut yang dihidangkan kepada anda.

Kemudian cuba pula Asam Pedas Kota Laksamana. Asam pedas disini adalah yang terbaik dan juga mempunyai rasa pedas dan masam yang berganda. Kemudian cuba pula Klebang Coconut Milk Shake. Ia adalah milkshake terbaik di Melaka dan terletak di kawasan Pantai Klebang. Anda mempunyai dua pilihan sama ada untuk minum di sini dan juga atau membawa pulang.

Tempah Tiket Bas Kota Bharu ke Melaka Dengan CatchThatBus

Jadi, untuk menaiki bas dari Kota Bharu ke Melaka bukanlah sesuatu yang sukar sekarang. Anda boleh memuat turun aplikasi CatchThatBus di AppStore, Google Store dan juga Window Store secara percuma. Tiada caj tersembunyi dan harga yang ditawarkan adalah sama seperti di kaunter tiket. Anda hanya perlu membuat semakan perjalanan, dengan memilih tarikh, masa dan tempat duduk mengikut keselesaan anda. Semuanya mudah dengan CatchThatBus.

Beli Tiket Bas dari Kota Bharu ke Melaka Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.