Bas dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu

Bus Schedule


Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu. Terdapat pelbagai tempat menarik anda boleh kunjungi di sini, seperti gugusan pulau-pulau yang indah yang sering menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara. Antara pulau yang sering menjadi tumpuan para pelancong adalah Pulau Perhentian, Pulau Redang, dan juga Pulau kapas. Selain itu anda juga boleh melawati tarikan-tarikan seperti Masjid Kristal di dalam Taman Tamadun Islam; masjid ini sangat popular kerana keunikan senibinanya yang apabila ia disinari cahaya matahari, ia akan berkilau seperti Kristal. Akhir sekali, jangan lupa melawati keindahan Tasik Kenyir, yang merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia  dan digelar sebagai “Pepsi Blue” oleh penduduk tempatan.

Laluan Bas dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu

Dengan menaiki bas untuk berkunjung ke Kuala Terengganu dari Kota Bharu , perjalanan bas anda akan merentasi jarak dalam sekitar 157 KM , dan akan mengambil tempoh masa sekitar 2 jam 45 minit, bergantung pada keadaan trafik semasa.

Tempat Perlepasan Bas

Tempat perlepasan bas utama bagi laluan Kota Bharu ke Kuala Terengganu adalah Terminal Bas Kota Bharu, yang terletak berdekatan Tesco Kota Bharu.

Perjalanan bas dapat anda lakukan dengan lebih senang melalui CatchThatBus, tidak perlu lagi bersusah-payah ke kaunter tiket untuk mengetahui butir-butir penting perkhidmatan bas ekspres ataupun untuk membeli tiket, semuanya anda boleh buat melalui laman web atau aplikasi kami di CatchThatBus!

Tempat Ketibaan Bas

Perjalanan anda lebih dipermudah kan lagi dengan tempat ketibaan bas anda di Hentian Bas Kuala Terengganu (MPKT) di Jalan Sultan Zainal Abidin.

Operator-Operator Bas dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu