Bas Dari Ketereh ke Gombak

Bus Schedule


Perjalanan Bas Dari Ketereh ke Gombak

Ketereh, sebuah daerah yang terletak di Utara Negeri Kelantan. Sekiranya anda ingin menaiki bas dari Ketereh ke Gombak, anda akan melalui satu perjalanan sejauh 412 kilometer ke Selatan dan mengambil masa sekitar 6 jam atau lebih bergantung kepada keadaan traffik semasa. Anda boleh menaiki bas di stesen Ketereh dan akan diturunkan di Terminal Bas Gombak di Kuala Lumpur.

Tempat Menarik Di Gombak

Gombak adalah lokasi terletaknya Universiti Islam Antarabangsa. Sebuah Universiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ia menjadikan kawasan Gombak adalah tumpuan bagi para pelajar kerana selain dari UIA, terdapat beberapa buah kolej swasta yang dibina disini. Gombak terletak berhampiran kawasan Selayang, bersempadan dengan Negeri Selangor.
Tarikan utama yang terletak berhampiran kawasan Gombak adalah Batu Caves dimana sini terletaknya kuil terbesar bagi masyarakat hindu yang menetap di Malaysia. Saban tahun, penganut hindu dari serata Malaysia akan ke sini dan merayakan perayaan Thaipusam beramai-ramai di sini. Batu Caves adalah sebuah batu kapur semula jadi, setiap hari kawasan ini menerima kira-kira 500 orang pengunjung atau lebih.
Selain itu anda boleh ke FRIM Malaysia. Ia adalah jabatan perhutanan yang menjadikan hutan di kawasan Gombak sebagai tapak penyelidikan bagi menjaga dan memelihara diversiti hutan-hutan yang terdapat di Malaysia. Kemudian jika anda suka untuk melakukan aktiviti jungle trekking atau camping, anda boleh ke beberapa buah sungai dan juga air terjun yang terletak di daerah Gombak.
Sungai yang paling hampir adalah Sungai Kancing yang terletak kira-kira 30 minit dari pekan Gombak. Anda boleh mendapatkan pengangkutan awam seperti teksi untuk ke sini. Bagi mereka yang gemar aktiviti mendaki, anda pastinya gembira apabila harus mendaki untuk sampai ke bahagian air terjun yang terletak di puncak.
Anda juga boleh melawat perkampungan orang asli yang terletak di Gombak. Ini kerana Gombak masih lagi menjadi penempatan Masyarakat Orang Asli dan dikendalikan oleh Jabatan Masyarakat Orang Asli Malaysia. Di sini terletaknya resort-resort penginapan dan juga beberapa kem untuk aktiviti team building.

 

Beli Tiket Bas dari Ketereh ke Gombak Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.