Bas Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur

Bus Schedule


Perjalanan Bas Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur

Jika anda ingin ke Kuala Lumpur dari Johor, anda boleh menaiki bas dari Terminal Larkin dan akan diturunkan di Terminal Bersepadu Selatan. Jarak perjalanan pula adalah sejauh 331 kilometer melalui lebuh raya Utara Selatan dan mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 jam untuk anda tiba. Jika ingin ke Kuala Lumpur, anda boleh menaiki Transnasional dan juga Cepat Ekspress.

Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Sebagai ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur menjana ekonomi Malaysia dengan menarik pelabur dari serata dunia untuk melabur di sini. Deretan hotel-hotel mewah dan gedung membeli belah yang besar terdapat di sini. Di sini juga terdapat menara berkembar tertinggi di dunia, menara berkembar Petronas juga menara Kuala Lumpur. Anda boleh berkunjung di kedua-dua mercu tanda Malaysia ini sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari tempat tinggi.

Selain itu anda boleh meluangkan masa bersiar-siar di Taman berhampiran seperti Taman Riadah KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Perdana dan juga Taman Tasik Permaisuri. Selain dari suasana yang sejuk dan nyaman, anda juga boleh beriadah seperti melakukan senaman ringan dan juga bersiar-siar menikmati pemandangan hijau di tengah-tengah kota. Jika ingin membeli belah, anda boleh ke Mid Valley Megamall, Pavilion, atau Avanue K untuk mendapatkan barang-barang berjenama. Selain itu anda boleh juga ke Petaling Street, atau ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk mendapatkan barangan dengan harga yang jauh lebih murah.

Makanan Sedap di Kuala Lumpur

Makanan di Kuala Lumpur adalah pelbagai, kerana anda berada di satu kawasan dimana Melayu, Cina dan juga India berkongsi hidangan budaya meraka di tempat yang sama. Anda boleh menikmati hidangan Melayu seperti Nasi Lemak dan juga Nasi Berlauk, hidangan Cina seperti Steamboat, Yee Sang, Dim Sum dan juga hidangan India seperti Capati, Nasi Daun Pisang dan juga Tosai. Juga masakan barat dan timur seperti hidangan Jepun, hidangan Arab dan juga hidangan Itali.

Jadi tidak perlu bersusah payah memandu sehingga ke Kuala Lumpur. Dengan CatchThatBus, anda boleh menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur. Semuanya mudah dengan aplikasi kami, hanya dengan sekali tekan, anda boleh mendapatkan tiket dengan harga yang sama seperti di kaunter.

Beli Tiket Bas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.