Bas Dari Ipoh ke Johor Bahru

Bus Schedule


Perjalanan Bas Dari Ipoh ke Johor Bahru

Ipoh, Ibu negeri kepada Perak adalah sebuah bandar yang sedang membangun. Majoriti penduduk tempatan di sini adalah kaum Cina. Jadi tidak hairanlah jika terdapat deretan kedai-kedai kopi dan juga kafe Cina di sini. Untuk ke Johor Bahru dari Ipoh, anda akan menaiki bas di Terminal Aman Jaya. Ia mengambil masa sekitar 6 jam dengan jarak perjalanan sejauh 531.4 kilometer, bergantung kepada keadaan trafik untuk tiba ke Johor Bahru.

Tempat Menarik Di Johor Bahru

Johor Bahru adalah sebuah bandar yang pesat membangun. Berjirankan Singapura, Johor Bahru sering menjadi tumpuan warga kota Singa untuk turun dan membeli belah di sini. Di sini, terdapat tarikan utama yang tiada di tempat lain. Pertamanya adalah Legoland. Terletak di Iskandar Puteri, dan diilhamkan sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada tahun 2012. Legoland menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Ia adalah taman tema yang pertama di asia tenggara.

Jika anda seorang yang gemar menghayati sejarah. Anda boleh melawat Muzium Darurat di Bukit Kepong. Ia adalah bagi memperingati tragedi berdarah pasukan polis menentang pasukan pengganas komunis semasa zaman darurat. Terdapat gambar-gambar lama yang menceritakan kembali situasi cemas yang pernah berlaku dan juga beberapa buah prop yang menghiasi ruang muzium supaya anda lebih menghayati sejarah ini.

Kemudian lawatilah Johor Premium Outlet, ia adalah sebuah kompleks membeli belah terbesar di Johor dan menempatkan barang-barang berjenama antarabangsa dengan harga yang murah. Jika anda seorang yang gilakan tas tangan, atau jam berjenama anda boleh lawati JPO yang terletak di Kulai Jaya. Selain dari JPO, anda juga boleh ke Bazaar Karat Johor. Ia sebuah pasar malam yang menjual barangan dengan harga yang jauh lebih murah. Di sini terdapat barangan terpakai yang masih elok seperti alatan eletronik, pakaian dan juga permainan untuk kanak-kanak.

Makanan yang Sedap di Johor Bahru

Jika anda ingin melihat keindahan Singapura dari seberang, anda boleh ke Danga Bay. Di sini terdapat deretan bangku untuk anda duduk sambil menikmati bayu laut bagi menenangkan minda. Anda juga boleh dapatkan makanan di gerai-gerai yang berhampiran untuk mengisi perut sekiranya anda lapar. Jika anda benar benar lapar, ini adalah beberapa restoran yang patut anda cuba. Antara yang terbaik adalah Mee Rebus Sup Tulang Johor, anda akan dibekalkan dengan tulang Gearbox beserta straw bagi menyedut setiap isi yang ada pada sup tersebut.

Kemudian singgah pula ke Mee Rebus Hj Wahid yang terletak di JB. Ia bukan calang-calang Mee Rebus kerana setiap adunan rempah didalam Mee tersebut sememangnya terasa sehingga ke anak tekak anda. Harganya juga murah beserta warung yang selesa.

Beli Tiket Bas dari Ipoh ke Johor Bahru Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.