Bus Schedule


Perjalanan Bas Dari Ipoh ke Alor Setar

Alor Setar, ibu negeri kepada Kedah, tempat kelahiran 2 mantan Perdana Menteri Malaysia. Alor Setar terletak kira-kira 239.6 kilometer dari bandar Ipoh. Untuk ke Alor Setar melalui Ipoh, anda boleh menaiki bas seperti Transnasional dan juga Cepat Ekspress.

Tempat Menarik di Alor Setar

Dari Alor Setar, anda boleh berjalan ke tempat-tempat menarik di Kedah. Jika anda suka makan anggur, silalah lawati ladang anggur yang terletak di Sik. Terdapat anggur jenis Black Opal, Black Grape, White Malaga dan juga Loose Pelite. Semua anggur segar ini boleh dibawa pulang dengan harga murah. Juga anda boleh melawat kilang memproses padi di sini. Kerana Kedah terkenal dengan negeri Jelapang Padi jadi pastinya anda teruja untuk mengetahui bagaimana padi diproses sehingga menjadi beras kan?

Kemudian anda boleh ke menara Alor Setar. Rekaannya seakan-akan menara Kuala Lumpur dan juga merupakan menara kedua tertinggi selepas menara Kuala Lumpur. Anda boleh menikmati pemandangan sekitar Alor Setar dari menara ini dengan hanya RM8 untuk pelawat dewasa dan juga RM4 bagi pelawat kanak-kanak. Terdapat restoran berputar dan juga bahagian peninjau di atas ini. Bagi mereka yang suka dengan sejarah tempatan, anda boleh melawat sebuah muzium yang dibina berasaskan tempat kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di sini anda akan dapat melihat replika rumah kediaman mantan Perdana Menteri ke-4 Malaysia dan juga sejarah mengenai permulaaan karier politik beliau. Untuk menikmati keindahan Flora dan Fauna, anda boleh ke Gunung Jerai. Anda boleh menikmati keindahan matahari terbenam, dan juga terpanjang di dunia, Selat Melaka.

Makanan Sedap di Alor Setar

Percutian anda tidak lengkap jika tidak merasai hidangan tempatan. Cuba air Nira, air ini hanya boleh didapati di kedah. Air yang diambil dari pucuk Pohon Nira ini mempunyai kelainan yang tersendiri. Selain dari manis, ia juga sejuk kerana sudah bercampur dengan air embun. Kemudian kebanyakkan makanan yang terdapat di sini adalah kuih-kuih tradisional. Singgah Awi Pulut, ada Pulut Ayam, Pulut Durian dan juga yang istimewa di sini adalah Pulut Kahwin. Kemudian rasa juga Laksa Utara. Ia adalah makanan paling istimewa sekiranya anda melawat kedah.

Jadi rancang perjalanan anda dengan www.catchthatbus.com atau muat turun applikasi mobile CatchThatBus. Setiap tiket bas yang dijual tidak mempunyai sebarang caj tersembunyi. Jika anda perlukan bantuan, operator kami sedia membantu.