Bas Dari Gua Musang ke Gombak

Bus Schedule


Perjalanan Dari Gua Musang ke Gombak dengan Bas

Gua Musang adalah antara jajahan yang besar dan terletak di antara Kuala Lipis dan juga Berdekatan dengan kawasan Tanah Tinggi Cameron. Jika anda menaiki bas dari Gua Musang ke Gombak, anda akan melalui satu perjalanan sejauh 248.6 kilometer dan mengambil masa sekitar 3 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Anda akan menaiki bas di Hentian Gua Musang dan akan diturunkan di Terminal Bas Gombak.

Tempat menarik di Gombak

Gombak terletak di utara Kuala Lumpur. Laluan di Gombak dibina bagi menghubungkan Pantai Timur dengan Lebuh Raya Utara Selatan di Malaysia. Kebanyakkan bas dari Kelantan, Pahang dan Terengganu akan menurunkan penumpang mereka di Hentian Bas Gombak bagi mereka yang menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur. Di Gombak juga sering menjadi tumpuan bagi para pelajar kerana di sini para pelajar yang melanjutkan pelajaran di IIUM.

Sekiranya anda ke Gombak, untuk ke Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi, bas awam ataupun menggunakan transit aliran ringan (LRT). Kesemua perkhidmatan awam ini akan membawa anda terus ke Kuala Lumpur atau kawasan sekitarnya. Anda boleh berkunjung ke lokasi lokasi menarik yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur melalui Gombak.

Antara tempat yang wajib dikunjungi anda adalah kawasan rekreasi terbesar di Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa. Di sini anda boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti berbasikal, jogging, bermain di taman permainan atau bersiar-siar di sekitar tasik sambil menikmati keindahan. Kemudian anda boleh pula ke Menara Kuala Lumpur. Di sini anda boleh melihat pemandangan Kuala Lumpur dari menara pemerhati yang disediakan.

Anda juga boleh ke Jalan Petaling, di sini terdapat gerai yang menjual pakaian, makanan dan juga peralatan elektronik. Ia seperti pasar malam yang di buka pada siang hari untuk kegunaan masyarakat tempatan. Di sini anda boleh mendapatkan barangan dengan harga yang jauh lebih murah dari pusat membeli belah. Makanan yang disediakan di sini juga sangat murah dan juga lazat.

Jadi dapatkan tiket Gua Musang ke Gombak anda sekarang. Layari www.catchthatbus.com untuk buat tempahan tiket Gua Musang – Gombak anda atau boleh muat turun applikasi CatchThatBus secara percuma di AppStore dan Google Store.

Beli Tiket Bas dari Gua Musang ke Gombak Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.