Bas Dari Gombak ke Tanah Merah

Bus Schedule


Perjalanan Bas Dari Gombak ke Tanah Merah

Sekiranya anda ingin menaiki bas dari Gombak ke Tanah Merah, anda akan menempuh satu perjalanan sejauh 398.1 kilometer ke Timur dan juga mengambil masa sekitar 6 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Anda boleh menaiki bas di Terminal Bas Gombak dan akan diturunkan di Hentian Bas Tanah Merah.

Tempat Menarik Di Tanah Merah

Bandar Tanah Merah mula berkembang apabila perahu-perahu yang lalu di sepanjang Sungai Kelantan singgah untuk berdagang di Pekan Bukit Remah. Pekan tersebut terletak di tebing Sungai Kelantan. Lama kelamaan tumpuan orang ramai mula beralih ke suatu kawasan yang letaknya 3 km ke utara yang sekarang ini merupakan bandar Tanah Merah.

Bandar berkenaan menjadi lebih berkembang dengan wujudnya laluan keretapi dan seterusnya stesen keretapi. Pada awalnya, bandar Tanah Merah dan jajahan Tanah Merah adalah sebahagian daripada jajahan Pasir Mas. Tetapi bermula pada 2 hb Februari 1955, jajahan Tanah Merah mula diwujudkan yang mana bandar Tanah Merah menjadi pusat pentadbiran sepenuhnya.

Bagi mentadbirkan bandar Tanah Merah dan pekan-pekan di jajahan Tanah Merah, beberapa Penguatkuasa Tempatan diwujudkan di bawah Undang-Undang Kerajaan Tempatan 1952. Tanah Merah adalah jajahan yang terletak berhampiran dengan Tumpat dan juga Kota Bharu. Ia antara daerah yang besar dalam Negeri Kelantan.

Makanan yang Sedap di Tanah Merah

Banyak makanan menarik yang ada boleh dapatkan disini. Bagi penggemar cendol, anda boleh singgah ke Restoran Selara Tepi Sungai. Pulut Cendol yang mereka hidangkan adalah sangat menyelerakan.

Selain itu, anda boleh berjalan ke Pekan Tanah Merah bagi mendapatkan Tom Yam terbaik mereka. Sebuah Restoran yang menyediakan hidangan Tom Yam asli dari Thailand, anda boleh mencuba rasanya yang enak. CT Tom Yam yang terletak di Pekan Tanah Merah sememangnya menjanjikan kepuasan kepada pengunjungnya dan juga harga yang ditawarkan mereka sangat berpatutan.

 

Beli Tiket Bas dari Gombak ke Tanah Merah Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.