Bas Dari Gombak ke Rantau Panjang

Bus Schedule


Perjalanan Bas Dari Gombak ke Rantau Panjang

Gombak, daerah kecil yang terletak di utara Kuala Lumpur. Lebuh raya di hujung Gombak adalah laluan dari Pantai Timur ke Selatan. Jika anda ingin mengambil bas dari Gombak ke Rantau Panjang, anda akan melalui satu perjalanan sejauh 406.7 kilometer dan mengambil masa sekitar 7 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik.

Tempat Menarik Di Rantau Panjang

Rantau Panjang adalah sebuah daerah yang terletak di Utara Kelantan, ia adalah kawasan yang bersempadan dengan Narathiwat. Rantau Panjang terkenal dengan lokasi yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara untuk membeli belah di sini. Terdapat bermacam-macam jenis yang boleh anda dapakan dengan harga yang murah.

Kebanyakkan mereka yang singgah Rantau Panjang ini adalah peniaga-peniaga yang tinggal di serata Malaysia. Mereka datang ke sini untuk mendapatkan barangan secara pukal untuk dibawa balik dan diniagakan di tempat mereka. Di Rantau Panjang, anda bebas untuk membuat pilihan barangan, antara yang menjadi rebutan ramai adalah jersey, seluar jeans dan juga periuk belanga.

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan bas awam untuk ke Rantau Panjang dari Terminal Bas Kota Bharu. Perjalanan ini mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit sekiranya tiada kesesakan lalu lintas berlaku. Selain itu anda juga boleh dapatkan makanan ala Thai di sepanjang gerai di sini. Kebanyakkan masyarakat Siam di sempadan akan turun dan berniaga di Rantau Panjang. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini untuk anda mencuba sendiri hidangan asli Thai yang lazat.

Sekiranya anda selesai membeli belah, anda boleh ke kawasan Sungai Golok. Ia terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari Rantau Panjang. Di sini adalah sempadan sekiranya anda ingin ke Thailand melalui jalan sungai. Sungai Golak sangat terkenal dengan Pesta Sungai Golok yang disambut oleh penduduk Siam dan juga penduduk Kelantan.

 

Beli Tiket Bas dari Gombak ke Rantau Panjang Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.