Bas Dari Gombak ke Kota Bharu

Bus Schedule


Perjalanan Bas Dari Gombak ke Kota Bahru

Kota Bharu, ibu negeri dan juga pusat pentadbiran bagi negeri Kelantan. Sekiranya anda ingin menaiki bas dari Gombak ke Kota Bharu, ia adalah satu perjalanan sejauh 430 kilometer dan mengambil masa sekitar 7 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa. Anda boleh menaiki bas di Terminal Gombak dan akan diturunkan di Terminal Bas Kota Bharu.

Tempat Menarik Di Kota Bahru

Kota Bharu, terletak di bahagian timur Kelantan dan berfungsi sebagai pusat ekonomi dan pusat pentadbiran bagi negeri Kelantan. Rata-rata penduduk di sini menjalankan aktiviti berniaga dan juga aktiviti laut seperti nelayan. Sekiranya anda gemar membeli belah, anda sememangnya wajib untuk ke Kota Bharu.

Tarikan yang sering menjadi perhatian pelancong dalam dan luar negara di Kelantan adalah Pasar Siti Khadijah. Anda boleh lihat pasar setinggi 2 tingkat ini menjual pelbagai jenis barangan termasuk basah, kering dan juga alatan-alatan memasak seperti periuk belanga. Apa yang sering menjadi buah tangan bagi pengunjung disini adalah Kain Batik dan Juga serunding. Serunding daging Kelantan adalah yang terbaik dan rasanya enak.

Anda yang ingin mendapatkan kain batik berkualiti tinggi bolehlah berkunjung ke mana-mana kilang batik yang terdapat di sekitar Kota Bharu. Di sini anda boleh melihat sendiri bagaimana batik dilukis dengan tangan oleh para pekerja. Selain dari lukis, terdapat beberapa jenid bataik yang menggunakan teknik catan dalam penghasilannya. Oleh itu batik yang disediakan disini sangat bermutu dan sesuai dijadikan sebagai cendera hati.

Selain itu, anda boleh juga lihat beberapa permainan tradisonal yang dimainkan oleh masyarakat di sini. Antaranya adalah bermain lawan gasing dan juga bermain wau tradisional. Kedua ini adalah permainan yang sering dimainkan oleh masyarakat Kelantan dan mereka masih lagi mengekalkan kedua permainan tradisional ini sehingga ke hari ini.

Makanan yang Sedap di Kota Bahru

Cuba hidangan mereka, Nasi Kerabu yang sering menjadi menu utama sekiranya anda ke sini. Hidangan Nasi ini berasaskan nasi sebagai menu utama dan juga lauk pauk yang dihidangkan bersama nasi tersebut. Banyak restoran di Kota Bharu menyediakan nasi kerabu sebagai menu utama dalam hidangan mereka. Jadi sila cuba hidangan ini sekiranya anda ke Kota Bharu.

 

Beli Tiket Bas dari Gombak ke Kota Bharu Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.