Bas Dari Gombak ke Kok Lanas

Bus Schedule


Perjalanan Bas Dari Gombak ke Kok Lanas

Kok Lanas, sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kelantan. Jika anda ingin menaiki bas dari Gombak ke Kok Lanas. Anda boleh dapatkan bas anda di Terminal Gombak yang terletak di utara Kuala Lumpur. Anda akan menempuh satu pejalanan dalam jarak 405 kilometer dan mengambil masa sekitar 6 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Tempat Menarik Di Kok Lanas

Kok Lanas terletak diantara Tanah Merah, Machang dan juga Pasir Mas. Rata-rata penduduk disini menjalankan aktiviti kampung bagi menyara kehidupan mereka. Terdapat beberapa buah pekan kecil dalam daerah Kok Lanas yang menjadi pusat tumpuan masyarakat sekitar. Sebuah Kolej Komuniti juga dibina di sini menjadikan Kok Lanas sebagai pusat tumpuan para pelajar.

Selain dari Kolej Komuniti, terdapat juga Kolej Matrikulasi di dalam Daerah Kok Lanas. Jadi rata-rata pelajar yang menetap di Kuala Lumpur pastinya akan mengambil bas dari Gombak ke Kok Lanas untuk ke sini. Pekan di Kok Lanas juga mempunyai fasiliti serba lengkap bagi memudahkan penduduknya menjalankan urusan harian mereka.

Anda juga boleh ke Kota Bharu dari Kok Lanas, terdapat beberapa syarikat bas yang menawarkan perjalanan dari Kok Lanas ke Kota Bharu. Rata-rata masyarakat di Kelantan masih lagi menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan awam mereka dalam menjalankan aktiviti harian mereka.

 

Beli Tiket Bas dari Gombak ke Kok Lanas Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.