Bas Dari Gombak ke Gua Musang

Bus Schedule


Gua Musang adalah satu jajahan yang terletak di Selatan Kelantan. Anda boleh melawat beberapa tempat menarik yang terdapat disini. Antaranya adalah Taman Etno Botani, sebuah taman yang disediakan bagi tujuan riadah untuk pengunjung. Anda boleh melakukan aktiviti lasak seperti Rock Climbing, Jungle Trekking dan juga Abseilling. Mereka juga menyediakan kemudahan lain seperti Spa untuk pengunjung.

Jika anda gemar melihat keindahan alam semula jadi, anda boleh melawat Gua Musang. Lokasinya terletak berhampiran dengan Stesen Kereta Api lama Gua Musang. Anda boleh melihat sendiri keindahan gua tersebut yang dijaga rapi oleh kerajaan negeri. Namun perlu dinasihatkan supaya mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan untuk anda melawat gua ini.

Jika anda gemar dengan seni bina bangunan lama, anda boleh melawat Stesen Kereta Api Gua Musang. Ia menjadi hentian bagi mereka yang menaiki Kereta Api dari arah selatan. Stesen ini telah ditutup selepas peristiwa banjir besar pada tahun 2014 dan kini hanya dibuka bagi tatapan umum dalam memperingati sejarah stesen ini kepada masyarakat.

Tambahan pula, anda boleh ke Kampung Redip. Ia adalah sebuah perkampungan Orang Asli yang dipelihara oleh kerajaan negeri bagi tujuan tarikan pelancong. Jadi anda boleh mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa di kampung ini sambil mempelajari cara hidup orang asli. Antara aktiviti yang sering menjadi tumpuan adalah seperti menyumpit, memasang jerat, tarian orang asli dan juga aktiviti adat resam.

Jangan buang masa lagi, dapatkan tiket bas Gombak – Gua Musang anda sekarang menerusi CatchThatBus sekarang. Anda boleh layari www.catchthatbus.com atau muat turun aplikasi ini secara percuma di AppStore dan juga Google Store. Anda bebas membuat semakan perjalanan dari masa ke semasa dan juga membuat pilihan tempat duduk anda.

Beli Tiket Bas dari Gombak ke Gua Musang Melalui CatchThatBus


CatchThatBus menyediakan pelanggan dengan kesenangan membeli tiket atas talian, harga tiket sama dengan kaunter, tanpa kesusahan beratur di kaunter sesak! Anda dapat menikmati variasi pilihan operator bas yang menyediakan pengangkutan ke pelbagai destinasi di Malaysia dan Singapura. Belilah tiket bas anda di laman web kami atau di aplikasi kami, yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play dan App Store.