Tips Keselamatan Untuk Traveler Wanita

Tips-Keselamatan-Untuk-Traveler-Wanita
Kredit Foto: wanderlust.co.uk

Kini semakin ramai wanita yang gemar melakukan trip solo bagi mengisi masa lapang mereka. Ia bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi peluang kepada para wanita untuk berdikari dan merasai pengalaman bercuti tanpa perlu bergantung kepada sesiapa.

Namun tidak kira anda lelaki mahupun wanita, anda pasti terdedah dengan risiko berbahaya apabila pergi ke mana-mana sahaja. Di sini kami berkongsi beberapa tips keselamatan buat traveler wanita yang sedang merancang percutian solo mereka.

Kekal Cergas

Tips Keselamatan Untuk Traveler Wanita Kekal Cergas
Kredit Foto: theonion.com

Melancong dengan beg galas besar di belakang anda pasti memerlukan banyak tenaga. Mulakan dengan senaman ringan sebelum keluar bersiar-siar kerana ia bukan sahaja meningkatkan kualiti perjalanan anda, bahkan anda juga tidak akan mudah terasa penat dan boleh melakukan lebih banyak aktiviti. Pastikan anda banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi. Banyak berjalan adalah satu gaya hidup yang sihat dan pastinya memberi peluang kepada anda untuk meneroka sesuatu lebih banyak dari kebiasaan.

Pakai Cincin Palsu

Tips Keselamatan Untuk Traveler Wanita Pakai Cincin Palsu
Kredit Foto: mirror.co.uk

Apabila anda seorang wanita yang melancong secara solo, pastinya anda akan menjadi tarikan ramai lelaki. Adakalanya ‘kelihatan seperti seorang wanita bujang’ membuatkan anda seringkali diganggu. Jadi dengan memakai cincin di jari manis dan berpura-pura seperti anda sudah berkahwin, anda dapat menghindari risiko daripada didekati lelaki asing.

Pakai Pakaian Bersesuaian & Sopan

Tips Keselamatan Untuk Traveler Wanita
Kredit Foto: trazetravel.com

Adakalanya cara anda berpakaian mungkin salah satu penyebab anda menjadi tarikan lelaki di luar sana. Demi keselamatan, anda digalakkan mengenakan pakaian sopan dan tidak terlalu menjolok mata. Selain daripada sebab keselamatan, secara tidak langsung anda juga menghormati adat budaya negara yang dikunjungi.

Selain daripada itu, pastikan anda tidak terlalu menarik perhatian ramai dengan menunjuk wang atau memakai dan membawa barang berjenama. Ini akan mengelakkan anda daripada menjadi sasaran golongan tertentu. Bukankah lebih mudah untuk melancong bersendirian tanpa perlu risau tentang risiko kehilangan barang?

Sentiasa Peka Dengan Persekitaran

Tips Keselamatan Untuk Traveler Wanita
Kredit Foto: understandingrelationship.com

Anda mungkin tidak perlu berkelakuan seperti seorang pengintip untuk menjaga keselamatan diri, namun adalah lebih baik sekiranya anda sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Jika perjalanan anda dihalang oleh seseorang, pastikan mereka tidak mempunyai peluang untuk menyeluk saku. Contohnya jika anda membawa beg ketika menaiki pengangkutan awam, pastikan anda meletakkan beg anda di bahagian depan. Kebiasaanya mereka yang melancong berseorangan lebih-lebih lagi wanita sering dijadikan sasaran. Namun jika anda peka dengan persekitaran, pasti tiada masalah.

Kurangkan Pengambilan Minuman Keras

Tips Keselamatan Untuk Traveler Wanita
Kredit Foto: mirror.co.uk

Ketika melancong solo, anda digalakkan untuk kurang mengambil minuman keras bagi mengelakkan pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri anda. Jangan sesekali menerima tawaran minuman daripada orang lain dan pastikan anda tidak meninggalkan minuman anda tanpa sebarang pengawasan. Selain daripada itu, anda juga boleh mengelak daripada rasa pening dan keletihan keesokan harinya, sekaligus membuatkan anda terasa malas untuk menjelajah destinasi yang dikunjungi.

Jalan Secara Berkumpulan

Tips Keselamatan Untuk Traveler Wanita
Kredit Foto: istock.com

Walaupun anda melancong secara solo, anda berpeluang bertemu pelancong lain di hostel dan sebagainya. Jadi mungkin ada perancangan untuk keluar beramai-ramai. Sekurang-kurangnya anda tidak berseorangan dan mempunyai teman, lebih-lebih ketika keluar pada waktu malam. Jika tidak, pastikan anda berjalan di tempat umum yang dipenuhi orang ramai. Ini bagi mengelakkan orang mengambil kesempatan.

Pertahanan Diri

Tips Keselamatan Untuk Traveler Wanita
Kredit Foto: hammerkicks.com

Bravo jika anda mempelajari seni pertahanan diri sebelum ini. Ianya sangat berguna walaupun anda tidak pergi bercuti secara solo. Mempelajari seni pertahanan diri bukan sahaja mampu melindungi anda, ia turut membuatkan anda berasa selamat dan berkeyakinan.

Simpan Nombor Telefon & Alamat Penting

Tips Keselamatan Untuk Traveler Wanita
Kredit Foto: thebudgetmindedtraveler.com

Sebelum pergi melancong ke sesuatu tempat, pasti anda menyemak dan menyimpan nombor telefon serta alamat penting dan letakkan ia di tempat yang mudah dicapai. Antaranya adalah nombor telefon dan alamat pihak berkuasa, tempat penginapan, kedutaan, keluarga atau sahabat terdekat. Ini memudahkan anda sekiranya perlu menghubungi jika ditimpa masalah.

Untuk memudahkan perancangan perjalanan solo anda di antara Singapura, Malaysia dan Hatyai, Thailand, anda boleh menempah tiket bas menerusi aplikasi telefon atau laman web CatchThatBus. Ia bukan sahaja mudah, anda juga boleh memilih tempat duduk single untuk sesetengah operator! Lebih selamat, bukan?

 

 

Author: admin

The admin of CatchThatBus blog is travel junky who loves travelling.