Tips Keselamatan Ketika Bercuti

Teringin nak backpack ketika bercuti? Ada impian untuk mengelilingi dunia bersama teman atau secara solo? Seronok tu memang lah seronok tetapi pastikan anda menjaga keselamatan diri dan juga barang-barang anda agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.

CatchThatBus berkongsi beberapa tips keselamatan ketika bercuti untuk anda lakukan.

Sentiasa bawa pasport bersama

Passport Malaysia

Pasport adalah benda penting sekiranya anda melancong ke luar negara. Anda mungkin akan ditimpa masalah jika gagal untuk menunjukkan pasport kepada pihak berkuasa tempatan apabila ditahan untuk pemeriksaan. Pastikan anda meletakkannya di tempat yang selamat seperti dalam peti keselamatan di tempat penginapan anda, atau bawa ke mana saja anda pergi.

Sediakan bekalan ubat-ubatan

Ubat-ubatan

Jika anda mempunyai penyakit atau perlu mengambil ubat setiap hari, pastikan anda membawa bekalan yang mencukupi. Ini untuk mengelakkan pembaziran kerana harga yang berbeza (lebih-lebih lagi dengan kadar matawang yang tinggi!) atau kesukaran mencari ubat yang diperlukan di negara orang. Oh, ini juga untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Simpan wang dan barang berharga di tempat selamat

Simpan Wang Terselamat

Pastikan anda menggunakan travel money bag ketika melancong, lebih-lebih lagi ketika berjalan menggunakan pengangkutan awam. Letakkan duit anda di beberapa tempat berbeza agar mengurangkan risiko kehilangan semua duit anda.

Buat salinan pasport anda

Salinan Passport

Ketika membuat persediaan untuk bercuti, pastikan anda membuat beberapa salinan pasport yang mengandungi maklumat peribadi anda. Tips ini sangat berguna kerana ada sesetengah tempat penginapan atau tempat sewa motosikal yang menggunakan pasport sebagai deposit. Malah sekiranya ada kehilangan pasport, ia memudahkan proses mendapatkan yang baru.

Hey, ini tips berguna. Sebelum memulakan perjalanan, buat satu atau dua salinan halaman pertama pas lawatan anda. Ini bagi memudahkan proses mendapatkan semula pas lawatan dan jika berlaku kemalangan seperti kehilangan atau kecurian pas tersebut, anda tidak perlu menunggu lama untuk proses mendapatkan yang baru.

Guna Pengangkutan Awam

Pengangkutan Awam

Penggunaan pengangkutan awam adalah salah satu cara untuk berjimat dan juga menjaga keselamatan diri. Ini kerana anda akan berada dalam kelompok orang ramai sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Malah menggunakan pengangkutan awam lebih mudah berbanding menyewa kenderaan kerana anda dapat berehat dan menikmati persekitaran sekeliling.

Anda juga dapat mengelak daripada ditipu oleh ulat tiket dan sebagainya jika anda membuat tempahan tiket melalui laman web atau aplikasi seperti CatchThatBus dan banyak lagi.

Beli Bas Tiket Anda kat CatchThatBus Sekarang.

 

Author: admin

The admin of CatchThatBus blog is a travel junky who loves travelling.