Tips Bercuti Buat Solo Traveler

solotraveler

Anda tidak perlu menjadi seorang traveler yang berani mahupun ambil pakej berkumpulan untuk nikmati pengalaman percutian yang mengujakan dengan menaiki bas. Sebaliknya anda boleh pergi bercuti sendirian tidak kiralah jika anda lelaki atau pun perempuan, dan berpeluang untuk menikmati percutian kerana tidak terikat dengan agenda orang lain. Bak kata orang, less drama!

Apa yang anda perlu tahu sebagai seorang solo traveler adalah tips bercuti (psst..diskaun!) sebelum memulakan percutian anda.

1. Rancang dengan teliti

Ambil masa untuk lakukan perancangan awal dengan teliti. Gunakan internet sebagai platform untuk anda dapatkan segala maklumat tentang destinasi yang anda bakal kunjungi. Terdapat beberapa laman sesawang yang boleh memberikan anda informasi tambahan tentang komuniti tempatan di tempat yang anda akan kunjungi seperti hal keselamatan dan budaya.

2. Tidak membawa barang berlebihan

Jangan bawa terlalu banyak barang dan pilih untuk pack light kerana dengan ini anda dapat uruskan bagasi anda seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Tinggalkan sahaja apa yang tidak perlu dan ianya akan memudahkan perjalanan anda.

3. Rancang untuk tiba pada waktu siang

Rancang perjalanan anda dengan baik dan pastikan anda tiba ke destinasi pada waktu siang. Ini akan memudahkan anda dan dapat mengelakkan situasi mencari jalan ke hotel atau tempat penginapan di tempat asing pada waktu malam dimana ia mungkin membahayakan keselamatan anda.

4. Kenali kawan baru

Apabila anda bercuti sendirian, anda boleh mendapat kawan baru dalam kalangan traveler yang menuju ke destinasi sama dan berkongsi travel tips dengan mereka. Namun ingat, jaga diri anda dan barangan berharga dan jangan terlalu mudah mempercayai orang lain demi keselamatan anda.

5. Bergaul dengan masyarakat setempat

Cuba bergaul dengan masyarakat tempatan kerana anda boleh akses pelbagai maklumat berguna secara percuma! Orang tempatan adalah ibarat penghubung antara anda dan segala informasi berguna dan menarik tentang destinasi yang anda lawati. Malah anda mungkin berpeluang mengetahui beberapa lokasi yang hanya diketahui oleh masyarakat tempatan..

6. Jangan malu makan bersendirian

Ramai yang tidak sanggup untuk bercuti sendirian kerana malu dilihat makan berseorangan. Sebaliknya ini adalah masanya untuk anda nikmati masa terluang tanpa diganggu oleh sesiapa. Anda juga boleh bertanyakan pendapat orang tempatan untuk cadangan makan bagi memulakan perbualan.

7. Bawa barang keperluan

Ini adalah anda perkara penting yang anda harus ingat. Sentiasa bawa apa sahaja keperluan yang penting bersama anda. Jika anda pergi ke negara asing, catit nama tempat penginapan anda dalam bahasa tempatan agar mudah untuk bertanya dengan orang tempatan. Pastikan anda membuat salinan nombor kecemasan dan dokumen pengenalan diri untuk dibawa bersama.

8. Letakkan barangan penting di tempat yang sama

Sentiasa pastikan segala barangan penting diletakkan atau disimpan dalam tempat yang sama. Antara barangan penting yang perlu diletakkan bersama serta memudahkan akses mendapatkannya adalah telefon, kamera, pasport dan beg duit.

9. Ambil gambar sendiri

Belajar untuk ambil gambar anda sendiri. Keluarga dan rakan-rakan anda akan lebih berminat untuk lihat foto percutian jika anda ada dalam gambar-gambar tersebut. Jadi, asahlah skil selfie anda sebelum pergi bercuti!

10. Sentiasa pastikan bateri telefon penuh

Ini penting bagi memudahkan anda menghubungi sesiapa jika terdapat kesulitan yang berlaku. Make sure to stay connected with your loved ones dan dapatkan kad sim tempatan agar mudah untuk anda menghubungi mereka.

11. Muat turun aplikasi telefon berguna

Banyak aplikasi travel dan sebagainya yang boleh digunakan ketika anda melancong seperti Trip Advisor, Maps.me, Skyscanner dan lain-lain. Anda juga boleh muat turun aplikasi CatchThatBus bagi memudahkan anda mendapatkan tiket bas di mana-mana sahaja tanpa perlu ke kaunter.

12. Elak lalu kawasan gelap

Elakkan daripada lalui tempat-tempat sebegini dan pastikan anda sentiasa berada di kawasan orang ramai bagi mengelakkan daripada ditimpa bahaya.


Artikel di atas ditulis oleh SaleDuck Asia, salah satu affiliate CatchThatBus.

Author: admin

The admin of CatchThatBus blog is a travel junky who loves travelling.