Tadom Hill: Syurga Penggemar Aktiviti Sukan Lasak

Tadom Hill
Pemandangan memukau Tadom Hill

Aktiviti riadah dan sukan lasak kini semakin mendapat tempat dalam generasi muda. Selain daripada memberi manfaat dari segi kesihatan, mereka juga mempunyai ruang untuk bersosial bersama rakan-rakan atau ahli keluarga. Untuk entri kali ini, CatchThatBus ingin mengajak anda beriadah di Tadom Hill Resorts yang terletak di Banting, Selangor.

Tadom Hill adalah sebuah kawasan yang terletak di kawasan ladang kelapa sawit. Ia terletak kira-kira 45 minit dari ibu kota Kuala Lumpur dan dibina bercirikan alam semulajadi.

Tadom Hill Resort

Untuk ke Tadom Hill, kami galakkan anda untuk membuat tempahan terlebih dahulu sekiranya anda bercadang untuk bermalam di sini. Ini kerana tempahan pada hujung minggu sentiasa penuh, lebih-lebih lagi pada musim cuti umum atau cuti sekolah.

Mereka menggunakan batang buluh, atap nipah dan juga bahan-bahan semulajadi sehingga menjadi sebuah wakaf, bilik dan juga platform untuk anda melakukan terjunan di tasik.

Tadom Hill 2

Di Tadom, aktiviti terbahagi kepada dua. Tadom Resorts adalah kawasan rekreasi untuk anda melakukan aktiviti air. Mereka menyediakan beberapa buah rakit dan kayak supaya anda boleh bermain sehingga ke bahagian tengah tasik.

Tadom Hill 33
Platform untuk membuat terjunan.

Tadom Hill

Satu lagi bahagian adalah Tadom Base, ini adalah lapangan bagi anda untuk menguji ketangkasan dan kekuatan diri. Jangan risau, jaket keselamatan disediakan untuk anda.

Tadom Hill 5
Antara halangan yang disediakan

Terdapat beberapa jenis halangan dibina bagi memenuhi kepuasan para pemain. Antara halangan yang disediakan adalah merentas tali, mengangkat tayar, bergayut di palang besi dan sebagainya.

.

Tadom hill 6
Foto Kredit: luvfeelin.com

Anda juga boleh ke bahagian trek yang disediakan. Aktiviti trek boleh dilakukan sama ada menggunakan kenderaan ATV ringan atau berjalan masuk ke kawasan yang disediakan.

Tadom Base adalah kawasan yang sesuai untuk anda lakukan aktiviti berkumpulan, lebih-lebih lagi jika anda merancang untuk melakukan aktiviti ‘team-building’.

Tadom Hill 7

Kemudahan asas juga disediakan, antaranya adalah tandas yang bersih, surau bagi mereka yang beragama Islam dan juga wakaf teduh untuk anda merehatkan diri selepas seharian bermain di tasik.

Bagi yang ingin pergi untuk aktiviti seharian atau menginap di sana, anda boleh layari laman web Tadom Hill Resorts untuk maklumat lanjut.

Alamat:
Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.

No. Telefon:
+6012-5225728 / +6012-5225908 / +6012-5225883

Anda boleh menaiki bas ekspres ke terminal atau stesen bas terdekat seperti KLIA atau Banting, kemudian ambil teksi untuk ke Tadom Hill Resorts.

Kini lebih mudah untuk mendapatkan tiket bas anda dengan menggunakan CatchThatBus. Anda boleh membeli tiket bas menerusi laman web atau aplikasi telefon CatchThatBus sekarang!

Author: admin

The admin of CatchThatBus blog is travel junky who loves travelling.