Restoran Jalanan Wajib Rasa Di Ipoh

Ipoh sememangnya popular, bukan sahaja di kalangan orang tempatan tetapi termasuklah pelancong asing. Lebih-lebih lagi selepas ia tersenarai antara 10 bandar yang wajib dikunjungi di Asia menurut buku panduang pelancongan popular, Lonely Planet.

Salah satu sebab Ipoh dikenali adalah keenakan makanannya. Well let’s face it… Malaysia memang syurga makanan dan tidak dinafikan setiap negeri ada tarikan masing-masing, dan Ipoh juga tidak terkecuali.

Terdapat banyak deretan kafe hipster dan pelbagai kedai makan di sekitar Ipoh, tetapi di sini kami ingin berkongsi antara restoran atau kedai jalanan yang anda wajib rasa apabila berada di Ipoh.

Jom!

Man Yong Tau Foo

Yong Tau Foo
Kredit Foto: Makanmania.blogspot.com

Jika anda adalah penggemar yong tau foo, anda memang wajib cuba ini! Mereka menyediakan yong tau foo halal dan kelazatan sajian ini terletak kepada kuah pekat yang digunakan serta ditaburi kacang dan juga bijan. Servis yang memuaskan serta kebersihan gerak ini menjadikan Man Yong Tau Foo sentiasa dikunjungi ramai.

Alamat:
86, Jalan Sungai Tapah,
Kampung Tengku Husin,
30020 Ipoh, Perak.

Popia Basah S.S Ali Taman Kanak-Kanak

Popiah Basah S.S Ali Taman Kanak-kanak
Kredit Foto: rapunzel2106.blogspot.com

Sekali gigit, anda pasti nak lagi! Tekstur yang lembut, inti padat disertakan dengan kuah sambal pekat di atas sememangnya memberi umph kepada rasa popia ini. Ini adalah antara popia terbaik di Ipoh, jadi cuba luangkan masa anda untuk mencubanya, okay?

Alamat:
Medan Selera Taman Kanak-Kanak,
Jalan Dato’ Tahwil Azhar, Ipoh, Perak.

Restoran Simpang Tiga

Restoran Simpang Tiga
Kredit Foto: Restoran Simpang Tiga Ipoh

Teringin merasa masakan ala Padang dari negara jiran Indonesia? Kunjungi Restoran Simpang Tiga untuk menikmati nasi putih panas bersama daging panggang, ayam goreng berempah, bergedil, tempe dan masak lemak. Sedapnya!

Alamat:
D-G Greentown Square,
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said,
30450 Ipoh, Perak.

Nasi Vanggey

Nasi Vanggey
Kredit Foto: Saji.my

Siapa yang tak tahu tentang Nasi Vanggey? Ianya popular dan menjadi tarikan orang tempatan terutamanya. Kalau dilihat dari luaran, ia kelihatan sama seperti nasi kandar di Pulau Pinang. Buat penggemar tegar makanan ala nasi kandar ini, pastikan anda menikmatinya dengan ayam goreng atau ayam madu berserta sayur-sayuran dan campuran pelbagai kuah kari. Memang umph!

Alamat:
Greentown Business Centre,
30450 Ipoh, Perak.

Mee Rebus Ramli

Mee Rebus Ramli
Kredit Foto: Flickr.com

Mendapat jolokan antara mee rebus terbaik di Ipoh, Mee Rebus Ramli bukan sahaja mendapat perhatian orang tempatan, sebaliknya turut menjadi tumpuan penduduk utara dan selatan. Rahsia keenakan mee rebus ini terletak pada kuah yang pekat dan berlemak, ditambah pula dengan kerangupan cucur membuatkan pelanggan sentiasa nak lagi!

Alamat:
No. 67, Persiaran Taman Tasik,
Jalan Kuala Kangsar, 31400 Ipoh, Perak.

Laksa Telur Goreng Bersarang

Laksa Telur Goreng Bersarang
Kredit Foto: cikguazharrodzi.blogspot.com

Malaysia sememangnya terkenal dengan laksa. Malah beberapa negeri ada keunikan laksa masing-masing yang menjadi tarikan ramai. Jika kebiasaannya laksa di utara disaji dengan telur rebus, berbeza pula dengan laksa di Ipoh yang kini terkenal dengan Laksa Telur Goreng. Di Restoran Laksa Telur Goreng Bersarang, anda boleh menikmati laksa utara yang diletakkan telur dadar goreng. Walaupun pada mulanya anda akan berasa agak pelik, lama-kelamaan anda pasti nak lagi! Memang unik!

Alamat:
Jalan Margosa D/8,
31350 Ipoh, Perak

Roti Benggali Telur Goyang Ipoh

Roti Benggali Telur Goyang Ipoh
Kredit Foto: mforum.cari.my

Dengar nama saja mampu membuatkan anda terliur! Singgah ke Warung Suhaimi untuk menikmati Roti Benggali Telur Goyang sebagai sarapan pagi anda. Ianya adalah roti bakar diletakkan bersama telur separuh masak. Walaupun mungkin agak biasa, ada sesuatu yang unik mengenai makanan ini. Apa kata anda cuba dulu?

Alamat:
No. 57 Laluan Jelapang Selatan,
Taman Kledang, Ipoh, Perak.

Ada banyak lagi restoran atau gerai makanan yang menarik di Ipoh. Apa kata kunjungi bersama keluarga atau sahabat handai pada hari minggu ini dan nikmati keenakan makanan yang disajikan. Malas nak memandu? Tak perlu bimbang, tempah saja tiket bas anda menerusi laman web CatchThatBus atau menerusi aplikasi CatchThatBus.

Selamat menjamu selera!

Author: admin

The admin of CatchThatBus blog is travel junky who loves travelling.