Tak Perlu Belanja Mahal Bercuti di Pulau Redang

Salam sejahtera,

Bercuti di Pulau Redang

 

Ini adalah pengalaman saya bercuti di Pulau Redang bersama rakan-rakan. Kami mendapat pakej yang murah dan bertolak pada tarikh 1.4.2016 dan kembali pada 3.4.2016.

Kami mengambil pakej Redang Lagoon berharga RM290 untuk setiap seorang. Harga ini termasuk dengan tiket feri, penginapan, makan dan juga tiket ke marin park.

Bajet hangus: kurang dari RM300/pax

Details
Bas Ekspres: RM43 sehala

Route: Kuala Lumpur (Terminal Bersepadu Selatan) – Kuala Terengganu (Hentian Baru MPKT)(Tempah tiket bas di CatchThatBus) – Jeti Syahbandar

Teksi: RM20 approximate

Penginapan di Redang Lagoon (max 1 chalet 4 orang): RM290

Sarapan (buffet):Termasuk dalam pakej

Snorkeling Gear Set: RM20

Perjalanan dari Kuala Lumpur,bermula pada jam 12 malam mengikut Lebuh Raya Pantai Timur dan kami sampai dalam 7.45 pagi sampai di jeti.

Details
Check In 12pm
Check Out 12pm

Bercuti di Pulau Redang Hari Pertama

Pukul 8 pagi kami dah sampai di perkarangan jeti Syah Bandar, Tiket feri kami adalah pada pukul 9 pagi. Kami dibenarkan masuk di rungan menunggu bagi menunggu ketibaan feri. Di sini terdapat beberapa buah kaunter yang menjual tiket feri. Bagi mereka yang walk-in untuk ke Redang, tiket dijual dengan harga RM55 untuk setiap perjalanan.

bercuti di pulau redang

bercuti di pulau redang

bercuti di pulau redang

Perjalanan dari jeti ke pulau mengambil masa sekitar 1 jam 45 minit. Bagi mereka yang mempunyai masalah mabuk laut, terdapat beg plastik dan juga tandas disediakan di dalam feri ini.

Setibanya anda di perairan pulau, anda akan ditukarkan dari feri ke tokang kecil. Kemudian anda akan dijemput oleh kakitangan resort di pesisir pantai untuk dibawa ke perkarangan resort.

bercuti di pulau redang

bercuti di pulau redang

Sesi check-in bermula setibanya kami di kawasan resort. Selesai proses pembayaran kunci bilik diserahkan kepada kami. Resort pilihan kami adalah Redang Lagoon. Terdapat beberapa buah bilik yang boleh anda pilih. Mereka membekalkan kemudahan penghawa dingin dan juga tandas yang bersih untuk setiap bilik.

bercuti di pulau redang

bercuti di pulau redang

Aktiviti pertama bermula pada pukul 2 petang. Kami dibawa untuk melakukan aktiviti snorkeling di kawasan tengah laut. Perjalanan dari jeti pulau mengambil masa sekitar 10 minit.

bercuti di pulau redang

bercuti di pulau redang

image3

Apabila kembalinya dari snorkeling, kami dihidangkan dengan minum petang. Pihak resort menyediakan cucur tepung bagi mengembalikan tenaga.

Sebelah malam kami disajikan dengan hidangan barbeque. Sajian seperti sotong segar, ayam dan juga ikan dihidangkan. Selain itu hidangan seperti nasi goreng dan coleslaw diberikan.

image1 image2 image3

Bercuti di Pulau Redang Hari Kedua

Sarapan berupa nasi lemak dihidangkan seawal jam 7 pagi, selain itu terdapat juga roti bakar bagi mereka yang inginkan sajian ringan. Jika anda ingin melakukan senaman ringan terdapat sebuah bukit di hadapan resort untuk anda daki bagi menikmati pemandangan matahari terbit.

Pada jam 10 pagi, kami dipanggil oleh pekerja resort bagi melakukan aktiviti snorkeling di kawasan taman laut. Bot laju disediakan sebagai kenderaan kerana perjalanan mengambil masa sekitar 20 minit sebelum anda tiba di kawasan taman tersebut.

Keindahan batu karang menjadi daya tarikan disini. Kawasan ini dijaga rapi oleh Kerajaan Negeri dan ia juga adalah warisan Negeri Terengganu, di Taman Laut, anda boleh melihat spisis ikan yang berwarna warni dan juga terumbu karang yang berwana warni.

image1

6e4d9cb5-9147-4903-ad3e-a297dd4f44b9

Anda akan diberikan peluang untuk bermain di kawasan taman laut selama satu jam. Semasa snorkeling anda akan dapat lihat keindahan terumbu karang yang berwarna warni serta ikan-ikan yang jinak berenang di kaki anda. Anda juga boleh memberi makan kepada ikan-ikan tersebut kerana mereka sememangnya jinak dan tidak takut untuk mendekati anda.

02390001

01440012

Selain dari taman laut, anda akan dibawa ke kawasan laut yang dipenuhi batu karang, ia sedikit jauh dari lokasi taman laut. Namun kawasan tersebut juga mempunyai batu karang dan juga ikan-ikan yang cantik. Ia selalu menjadi tumpuan bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti skuba diving.

Setibanya di kawasan Pulau, kami terus disajikan hidangan lauk pauk dan juga nasi putih sebagai juadah. Mereka membekalkan ikan goreng, ayam masak kicap, sayur campur dan juga telur itik masak lemak cili api.

Kami kemudian kembali ke bilik masing-masing untuk berehat bagi menunggu waktu petang.

Pada sebelah petang, kami mengambil peluang berjalan di sekitar pantai. Aktiviti pada kali ini lebih menarik kerana pihak resort mengadakan pertandingan bola pantai dan juga bola tampar pantai.

Bagi golongan wanita, mereka juga boleh meluangkan masa bersama di tepi pantai sambil menari zumba. Pada sebelah petang, pihak resort akan memainkan lagu-lagu zumba bagi menarik mereka yang berada berhampiran untuk bersuka ria.

Bercuti di Pulau Redang Hari Ketiga

Hari ketiga adalah hari terakhir disini, sebelah pagi sebelum kami chek-out, kami diberikan sarapan pagi. Kemudian kami semua berjalan di pesisir pantai sambil mengambil gambar untuk kenang-kenangan.

Tepat jam 10 pagi kami sudah selesai mengemaskan pakaian, kemudian membuat penyerahan kunci dan juga barang-barang snorkeling. Selesai keluar, kami menunggu feri di pantai bersama dengan pengunjung yang lain.

Ini adalah pengalaman bercuti ke Pulau Redang dengan bajet rendah. Anda tidak perlu risau tentan perbelanjaan makanan, pebelanjaan kereta sewa atau perbelanjaan lain. Hanya perlu hadirkan diri dan berehat disini sambil nikmati keindahan alam semula jadi.

Tempah tiket bas anda sekarang di CatchThatBus.