Makanan Anda Wajib Cuba Di Melaka

Makanan Wajib Cuba Di Melaka
Kredit Foto: maxpxel.freegreatpicture.com

Bandaraya Melaka adalah ibu negeri Melaka yang terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Dengan latar belakang sejarah dan budaya yang kaya dari Portugis, Belanda dan British yang memerintah sebelumnya, melawat tempat ini pastinya memberikan anda satu pengalaman yang unik. Bandar Melaka telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada Julai 2008, bersama-sama dengan Georgetown di Pulau Pinang.

Makanan Wajib Cuba Melaka #1: Bebola Nasi Ayam

Makanan Wajib Cuba Di Melaka Bebola Nasi Ayam
Kredit Foto: Ayudenira.blogspot.com

Ini adalah hidangan yang berasal dari China, dan terkenal di Malaysia dan juga Singapura. Jika anda melawat Melaka, pastikan anda mencuba Bebola Nasi Ayam. Nasinya direbus dengan sup ayam dan kaya dengan rasa pasti membuatkan anda mahu lagi! Apabila ia masak, nasi akan dikepal dalam bentuk bebola dan anda boleh menikmatinya dengan ayam panggang atau stim bersama sayur-sayuran.

Makanan Wajib Cuba Melaka #2: Laksa Nyonya

Makanan Wajib Cuba Di Melaka Laksa Baba Nyonya
Kredit Foto: messywitchen.com

Ini adalah laksa yang pedas dan kaya dengan perisa dari adunan rempah dan cili. Aromanya sangat menggoda. Sebaik sahaja anda merasainya, ia tidak boleh digambarkan dengan perkataan. Bagi yang tidak tahu, terdapat perbezaan antara Laksa Kari dan Laksa Nyonya. Kuah Laksa Nyonya disediakan menggunakan ayam dan udang, manakala kuah Laksa Kari menggunakan stok ayam. Minyak berwarna merah dan oren dalam Laksa Nyonya adalah daripada udang yang memberikan rasa lebih kaya dan manis.

Makanan Wajib Cuba Melaka #3: Mee Itik

Makanan Wajib Cuba Di Melaka Mee Itik
Kredit Foto: letsgoholiday.my

Tengkera Duck Noodle Restaurant terkenal dengan Mee Itik gaya Melaka  yang dihidang dengan sup atau secara kering. Mee ini dihidangkan bersama kuah daging cincang itik yang lazat bersama sos istimewa. Anda juga akan diberi sup untuk dimakan bersama.

Makanan Wajib Cuba Melaka #4: Asam Pedas

Makanan Wajib Cuba Di Melaka Asam Pedas
Kredit Foto: saji.my

Asam Pedas adalah salah satu makanan yang anda wajib cuba apabila berada di Melaka. Malah terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan ini lebih-lebih lagi ketika waktu tengahari. Bahan-bahan utama untuk Asam Pedas adalah ikan, terung, bendi dan tomato, dan ia dimasak dengan perahan asam jawa, cili dan rempah. Makanan ikonik negeri Melaka ini memang sedap dimakan bersama nasi putih panas dan telur goreng, atau apa-apa lauk kegemaran anda!

Makanan Wajib Cuba Melaka #5: Kuih-Muih Melaka

Makanan Wajib Cuba Di Melaka Kuih Muih Melaka
Kredit Foto: melaccatourism.blogspot.com

Kuih-muih adalah pencuci mulut yang enak bersaiz kecil dan juga berwarna-warni. Ia sangat popular diambil sebagai snek. Ada yang dikukus atau panggang, tetapi berasa manis. Kuih Nyonya yang seringkali menjadi kegemaran ramai adalah Onde-Onde. Ia sama ada dibuat daripada ubi kentang manis atau tepung beras pulut. Onde-Onde bersaiz comel ini dipenuhi gula melaka di dalam dan disalut kelapa parut segar. Memang sedap!

Makanan Wajib Cuba Melaka #6: Cendol Jam Besar

Makanan Wajib Cuba Di Melaka Cendol Jam Besar
Kredit Foto: duniapatik.com

Ini adalah pencuci mulut tradisional yang diperbuat daripada ais kisar, santan kelapa dan juga cendol hijau dengan perisa pandan dan gula melaka. Adakalanya bahan-bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli, dan jagung tin turut dimasukkan. Pastikan anda mencuba Cendol Jam Besar yang terletak di Bandar Hilir apabila berkunjung di Melaka.

Makanan Melaka Wajib Cuba #7: Coconut Shake Klebang

Makanan Wajib Cuba Di Melaka Coconut Shake Klebang
Kredit Foto: foodadvisor.my

Ini adalah lokasi yang wajib anda pergi apabila berada di Melaka. Singgah di sini untuk menikmati Coconut Shake Pantai Klebang yang sememangnya lazat dan lemak berkrim. Ianya adalah campuran air dan isi kelapa, kiub ais dan ais krim vanila. Memang enak!

Makanan Melaka Wajib Cuba #8: Ayam Tandoori  Pak Putra

Makanan Wajib Cuba Di Melaka Tandoori
Kredit Foto: tripadvisor.com

Kedai Pak Putra tidak jauh dari Jalan Jonker dan sentiasa dipenuhi ramai lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Terkenal dengan sajian ayam tandoori yang popular dari India, ianya enak dimakan bersama roti nan panas. Disediakan secara tradisional dimana ia dimasak menggunakan ketuhar silinder jenis tanah liat, tidak hairanlah Kedai Pak Putra sentiasa menjadi perhatian orang ramai.

Rancang nak ke Melaka? Apa kata jimat duit tol dan petrol serta tenaga anda dengan menaiki bas ke Melaka. Layari laman web CatchThatBus untuk mendapatkan tiket anda sekarang!

Author: admin

The admin of CatchThatBus blog is a travel junky who loves travelling.