Lokasi Aktiviti Hiking Di Semenanjung Malaysia Untuk ‘Beginners’

Kebelakangan ini aktiviti hiking (mendaki) telah mendapat banyak perhatian di kalangan anak-anak muda. Mana taknya, selain dapat keluarkan peluh dan lepas penat mendaki bukit, dapat pula nikmati pemandangan yang fuh, memang terbaik!

Aktiviti Hiking
Kredit Foto: newyorker.com

Bagi korang yang baru nak mula berjinak-jinak dengan aktiviti hiking, CatchThatBus nak kongsi beberapa lokasi hiking untuk para beginners! Ya la, korang mesti kena mula dengan yang senang dulu kan? Jom!

Lokasi Aktiviti Hiking#1 Bukit Broga, Semenyih

Aktiviti Hiking: Bukit Broga Semenyih
Pemandangan cantik Bukit Broga

Turut dikenali sebagai Bukit Lalang, Bukit Broga yang setinggi 480 meter ini adalah pilihan ramai bagi para beginners. Terletak kira-kira 42 kilometer dari bandar Kuala Lumpur dan 30 kilometer dari bandar Seremban, menjadikan ia destinasi yang mudah dikunjungi.

Usah risau kerana trek mendaki telah disediakan sehingga ke puncak, sekaligus memudahkan pendakian anda. Malah ada sesetengah bahagian trek mempunyai tangga dan disediakan tali. Bayaran RM2 dikenakan untuk anda memarkir kenderaan anda di bahagian bawah bukit. Nasihat kami? Mulakan pendakian anda seawal 5 pagi kerana anda boleh menikmati pemandangan ketika matahari terbit.

Lokasi Aktiviti Hiking#2 Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu

Sungai Aktiviti Hiking: Chiling, Kuala Kubu Bharu
Trek laluan ke puncak

Lokasinya agak jauh dari bandar Kuala Lumpur dan memakan masa kira-kira 1 jam 45 minit, tetapi ianya memang berbaloi. Selain melakukan aktiviti hiking di sini, anda juga akan menempuh beberapa batang sungai sebelum tiba di puncak bukit. Untuk mendaki di sini, anda dikehendaki menulis nama di bahagian pendaftaran dan membuat bayaran RM1 untuk memulakan pendakian.

Selain itu, jika anda membawa makanan dan minuman sendiri, anda akan dikenakan caj untuk setiap makanan dan minuman tersebut. Sekiranya stamina anda tinggi, anda mungkin memerlukan kira-kira 45 minit untuk tiba di puncak bukit. Jika tidak, kami nasihatkan supaya anda mendaki secara perlahan sambil menikmati keindahan sungai dan air terjun di sekeliling anda.

Aktiviti Mendaki Sungai Chilling
Salah satu santuari ikan kelah yang terdapat di sini

Lokasi Aktiviti Hiking#3 Bukit Tabur, Kuala Lumpur

Bukit Tabur Kuala Lumpur
Kredit Foto: holidaysinmalaysia.org

Sedikit mencabar dari Bukit Broga, Bukit Tabur adalah salah satu lokasi yang menjadi pilihan anak-anak muda untuk melakukan aktiviti hiking. Trek untuk mendaki adalah berasaskan batu-batu bukit dan juga ruang kosong di antaranya.

Jadi bagi mereka yang belum pernah mendaki Bukit Tabur, kami nasihatkan agar anda mencari rakan yang sudah biasa dengan keadaan bukit ini bagi membantu anda. Ketinggian bukit ini adalah 396 meter, dan selepas anda tiba di puncak, anda boleh menikmati pemandangan Bandar Melawati yang indah sekali.

Aktiviti Hiking Bukit Tabur
Pemandangan Klang Gate dari puncak Bukit Tabur

Lokasi Aktiviti Hiking#4 Bukit Batu Putih, Port Dickson

Bukit Batu Putih Port Dickson
Kredit Foto: lensadedey.blogspot.com

Menjadi tumpuan hikers (pendaki) sejak kebelakangan ini, lokasinya yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan menjadikan ia lokasi yang mudah untuk dikunjungi. Bayaran RM1 dikenakan untuk anda masuk ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan kerana ia dipelihara dan dijaga rapi bagi mengekalkan keindahan alam semula jadinya.

Setibanya anda di puncak, anda boleh melihat pemandangan indah Tanjung Tuan yang kini semakin cantik disebabkan oleh kerja-kerja pemuliharaan oleh kerajaan Negeri Sembilan. Sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak melakukan aktiviti hiking.

Aktiviti MendakiTanjung Tuan
Trek mendaki Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Lokasi Aktiviti Hiking#5 Bukit Saga, Cheras

Aktiviti Mendaki: Bukit Saga Cheras
Kredit Foto: hamydy.wordpress.com

Bukit ini adalah pilihan hikers di kawasan Ampang dan Cheras. Sekiranya anda ingin melakukan aktiviti mendaki di bukit ini, anda mempunyai dua pintu masuk sama ada melalui Ampang atau melalui kawasan Cheras. Keduanya akan membawa anda terus ke puncak Bukit Saga atau nama lain baginya adalah Bukit Apeh.

Bagi anda yang baru mencuba untuk mendaki di sini, trek yang disediakan adalah separuh dari trek semula jadi dan separuhnya pula sudah disediakan bagi kemudahan anda. Ia terletak kira-kira 15 minit dari bandar Kuala Lumpur, jadi ianya mudah untuk dikunjungi!

Lokasi Aktiviti Hiking#6 Bukit Batu Lebah, Melaka

Bukit Batu Lebah Melaka
Pemandangan dari puncak Bukit Batu Lebah

Bukit ini terletak di daerah Jasin, Melaka. Untuk mendaki bukit ini, anda perlu mendaftar di pejabat renjer hutan yang terletak di permulaan trek bukit. Selepas itu, anda akan ditemani seorang pegawai renjer untuk mendaki. Ini adalah tujuan keselamatan untuk para pendaki. Menarik di Bukit Batu Lebah ini, anda berpeluang untuk melihat beberapa buah gua dan juga batuan yang terdapat di puncak bukit ini.

Antaranya adalah Gua Reban Ayam, Gua Kura-Kura dan juga sebuah batu yang berbentuk seperti kapal. Masa diperlukan untuk tiba di puncak adalah kira-kira 30 minit. Jadi bagi mereka yang gemar mendaki dan mencuba lokasi bukit terbaru, bolehlah mencuba bukit-bukit di atas ini.

Bagi yang tinggal jauh dari lokasi bukit-bukit ini, korang boleh tempah tiket bas menerusi laman web www.catchthatbus.com atau aplikasi telefon CatchThatBus. Jimat duit minyak dan pada masa yang sama, boleh explore tempat baru!

Author: admin

The admin of CatchThatBus blog is a travel junky who loves travelling.