10 Destinasi Paling Menarik Di Ipoh untuk Kunjungan Hujung Minggu Bersama Rakan-Rakan

ipoh

Kredit Foto: thestar.com

Ipoh tersenarai nombor 6  antara 10 bandar yang perlu dilawati di Asia menurut penerbit buku terkemuka panduan pelancongan, Lonely Planet. Kini, Ipoh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bandar-bandar besar lain di Asia seperti Hokkaido, Shanghai dan Hong Kong. Ipoh boleh! Malaysia boleh!

Berikut merupakan 10 tarikan di Ipoh yang anda boleh mengunjungi bersama rakan pada hujung minggu!

  1. Plan B

9589045111_3904697144_o

Kredit Foto: j2kfm.com

Plan B ialah kedai makan ala kopitiam yang sering menjadi tumpuan pelancong kerana suasana yang santai dan menenangkan dengan elemen barat dan rimbunan pohon menghijau yang diterapkan dalam dekorasinya. Anda wajib berkunjung ke sini!  Plan B terletak di tengah jantung Ipoh iaitu Jalan Panglima. Ia menawarkan makanan barat yang menyelerakan dan pelbagai pilihan kopi yang mampu menggugat deria rasa anda untuk terus mencuba.

Plan B sememangnya menjadi pilihan tempat untuk bersantai bersama keluarga ataupun kawan-kawan bagi warga tempatan dan para pelancong yang berkunjung ke Ipoh. Ayuh, apa tunggu lagi? Moh ke Plan B.

Nama Tarikan: Plan B

Waktu Perniagaan: 10.00 Pagi – 11.00 Petang

Alamat: Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia

2) Seni Mural

mprk_dz_1801_p2_dz_3

Kredit Foto: thestar.com

Ipoh sedang mengekori langkah Georgetown dengan keunikan seni muralnya yang tersendiri dan ia mampu menggamit para pelancong singgah sebentar ke Ipoh.

Seni mural di Ipoh kelihatan menyerlah dan menjadi tumpuan orang ramai kerana ia menonjol pada  muka bangunan-bangunan zaman kolonial. Jika anda kaki selfie ataupun pencinta seni fotografi, jangan lupa untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri 8 karya Ernest Zacharevic sambil merakam detik terindah untuk dijadikan kenangan.

Berikut merupakan koordinat lokasi seni mural-mural tersebut di sekitar Ipoh:

  1. A Paper Plane (4.598776 N, 101.077827 E)
  2. An Old Uncle Drinking Coffee (4.59843 N, 101.078542 E)
  3. A Yellow Hummingbird (4.596715 N, 101.078483 E)
  4. A ‘Kopi’ Break (4.596771 N, 101.078612 E)
  5. A Bag of Coffee (4.595918 N, 101.078195 E)
  6. Girl On a Wall in Bandar Timah (4.59691 N, 101.078152 E)
  7. Old Town Relives Nostalgia with Trishaw (4.59531 N, 101.078511 E)
  8. Tin Mining Town with Chinese-Style Painting (4.5964 N, 101.079252 E)

3) Pasar Karat

DSC_0927

Kredit Foto: jefftravel88.blogspot

Kunjungan anda ke Ipoh tidak sah jika tidak berkunjung ke Pasar Karat (wajib singgah). Ia juga dikenali sebagai Pasar Loken atau Memory Lane yang cukup terkenal dalam kalangan peminat barangan antik dan terpakai.  

Pasar yang terletak di Jalan Horley ini akan dibanjiri oleh para peminatnya dari seluruh negara bermula pada pukul 6.30 pagi sehingga 1 tengah hari. Diingatkan bahawa pasar ini hanya dibuka pada hari Ahad sahaja. Oleh itu, anda jangan sesuka hati datang ke sini tanpa mengira hari dan waktu. Kalau tidak, alamatnya terlepaslah anda untuk menikmati kemeriahannya.

Nama Tarikan: Memory Lane Morning Market

Waktu Perniagaan: Ahad 6.00 Petang – 12.00 Petang

Alamat: Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia

4) Coffee King

coffee081-800x533

Kredit Foto: mohdzarin.com

Fenomena kopi Starbucks jalanan mula melanda negara kita pada tahun lepas. Ia mula dipopularkan oleh Coffee King yang terletak di Taman Cempaka. Atas sambutan yang memberangsangkan, cawangan terbaru Coffee King kini dibuka pula di Meru. Walaupun gerai Coffee King ini mula dibuka pada jam 4 petang, namun pengunjung sudah mula beratur panjang sebelum gerai dibuka lagi. Ini adalah fenomena biasa di gerai Coffee King. Benda sedap, menunggu lama pun orang sanggup. Betul tak? Walaupun beratur panjang, tapi proses pembeliannya sangat cepat.

Terdapat 6 pilihan kopi yang ditawarkan iaitu Ice Coffee, Ice Black Coffee, Ice Cocoa, Ice Tea, Ice Green Tea dan Ice Lime Tea. Menariknya, kesemua perisa ini dijual dengan harga semurah RM5 sahaja! Keistimewaan Coffe King adalah mereka menggunakan gula perang dan susu sejat bagi mendapatkan rasa kopi yang unik.

Nama Tarikan: Coffee King

Alamat: 31200 Ipoh, Perak, Malaysia

5) Tasik Cermin

15470899418_503afd6f6e_b

Kredit Foto: flickr.com

Tasik Cermin mula viral dan menjadi tumpuan orang ramai pada awal tahun ini. Kedudukannya yang tersembunyi menyebabkan ia sukar untuk dijejaki oleh para pelancong. Ledakan media sosial menyebabkan penemuan tasik indah ini cepat tersebar dan mula dikunjungi oleh orang ramai.

Walaupun agak sukar untuk menjejaki Tasik Cermin ini, tetapi percayalah bahawa penat-lelah anda berbaloi apabila melihat keindahan ciptaan Tuhan ini. Jika tidak silap, Tasik Cermin ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem Sepet beberapa tahun lepas.

Nama Tarikan: Tasik Cermin Ipoh

Waktu Perniagaan: –

Alamat: Tasik Cermin, Gunung Rapat, Perak.

6) Kellie’s Castle

Kellies-CastleKredit Foto: ipohecho.com

Ipoh dan Kellie’s Castle sangat sinonim dan tidak dapat dipisahkan (umpama laut dan pantai). Oleh itu, mana mungkin kami boleh melupakan Kellie’s Castle dalam senarai 10 perkara yang menarik dan tertarik di Ipoh.

Kellie’s Castle dikenali juga sebagai Rumah Kellas dan dibina oleh William Kellie Smith, seorang peladang getah terkemuka British di Tanah Melayu pada ketika itu pada sekitar tahun 1910. Bangunan ini dibina mengikut reka bentuk sebuah Istana Moghul di Agra, India dan semua tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

Jika berkunjung ke sini, lupakan seketika sisi seramnya, sebaliknya nikmatilah keunikan dan keindahan seni bina bangunan ini yang memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk disiapkan. Menariknya, lif pertama di Tanah Melayu terdapat di sini.

Nama Tarikan: Istana Kellie

Waktu Perniagaan: 9.00 Pagi – 6.00 Petang

Alamat: 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia

7) Kopi Putih

malaysia

Kredit Foto: reviewonline.co

Kopi adalah tradisi warga Ipoh yang terkenal zaman-berzaman. Di bumi bertuah inilah, tempat lahirnya kopi putih yang lebih dikenali sebagai White Coffee oleh orang ramai. Apabila disebut tentang Ipoh, pasti terbayang akan White Coffee dalam minda.

Untuk menikmati White Coffee yang asli, kunjungilah kopitiam Sin Yoon Loong, ia merupakan salah satu kopitiam yang tertua di Ipoh dan adalah satu faktor White Coffee sangat popular di Ipoh dan juga Malaysia.   Jangan lupa berkunjung ke sini jika anda ingin menikmati keaslian kopi putih di tanah tumpah kelahirannya. Anda berada dalam kerugiaan jika berkunjung ke Ipoh namun melepaskan peluang menikmati white coffee yang menjadi kegilaan ramai orang.

Nama Tarikan: Sin Yoon Loong

Waktu Perniagaan: 6.30 Pagi – 5.30 Petang

Alamat: 15 A, Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia

8) Nasi Ganja di Kedai Kopi Yong Suanrestoran-best-nasi-ganja-ipoh

IMG_4492_zps534d365b

Kredit Foto: wordspics.com

Masyarakat berbilang kaum yang hidup secara aman dan harmoni di sini berkongsi pelbagai makanan yang menyelerakan. Maka, tidak hairanlah jika semua kaum berkumpul di sesebuah warung untuk menikmati juadah yang disediakan bersama-sama seperti nasi ganja, mi kicap, kuey teow kari dan sebagainya.

Tidak sah kunjungan anda ke Ipoh jika tidak makan nasi ganja. Sekali makan pasti terus ‘ketagih’ dan teringat-ingat akannya. Mana anda nak cari nasi ‘ganja’ Yong Suan di tempat lain? Anda tidak akan jumpa kecuali di Ipoh. Nasi ganja yang menjadi hidangan kebanggan kaum Mamak di sini menjadi pujaan semua kaum pada setiap hari.


Nama Tarikan: Nasi Kandar, Kedai Kopi Yong Suan

Waktu Perniagaan: 9.30 Pagi – 5.00 Petang

Alamat:  2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia

9) White Water Rafting

classic-one

Kredit Foto: mad-river.com

Lonely Planet turut menyenaraikan aktiviti white water rafting di Sungai Kampar, Gopeng sebagai aktiviti yang wajib dicuba ketika di Ipoh.

Sungai Kampar mempunyai 22 jeram berbeza yang terdiri daripada gred 2 hingga gred 3. Dari merentasi jeram besar, sehinggalah menikmati keindahan hutan hujan yang subur dan tenang, masa yang dihabiskan dengan alam semula jadi akan menjadikan hari anda penuh menyegarkan dan menceriakan.

Water rafting di Sungai Kampar sangat sesuai bagi peserta yang tidak mempunyai sebarang pengalaman. Aktiviti sebegini sesuai untuk mereka yang beradrenalin tinggi dan sukakan cabaran. Aktiviti ini cukup memuaskan hati jika anda berjaya menempuhinya dengan jaya.

Nama Tarikan: Gopeng White Water Rafting

Telefon: +60 19-662 2929

Alamat: Razak House, Jln Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak, Malaysia

10) Yasmin At Kong Heng

boardKredit Foto: kaki.sini.com

Kebanyakan karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad difilemkan di Ipoh seperti Sepet, Gubra, Talentime dan Muallaf. Lantaran itu, sebuah muzium telah dibuka di Ipoh, Perak untuk mengiktiraf hasil-hasil kerja dan legasi pengarah filem hebat ini, dan muzium ini dinamakan Yasmin at Kong Heng. Walaupun Yasmin Ahmad telah jauh di mata namun dia masih dekat di hati para peminat. Al-Fatihah untuk beliau.


Nama Tarikan: Yasmin at Kong Heng Museum

Waktu Perniagaan: Sabtu & Ahad 10.00 Pagi – 4.00 Petang

Alamat: 89-91, Old Block Apartments, Jalan Sultan Yussuf, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia


Adakah anda tertarik dan tidak sabar untuk melancong ke Ipoh, sebuah destinasi bertaraf antarabangsa. Jika ya,  cara yang cepat lagi menjimatkan, anda boleh menaiki bas dari mana-mana destinasi dan turun di Terminal Aman Jaya. Dengan laman web CatchThatBus ataupun pada aplikasi CatchThatBus,  anda boleh membeli tiket bas tanpa perlu beratur panjang di kaunter. Dengan beberapa klik di hujung jari anda, tiket bas sudah berada di tangan anda dalam masa 5 minit sahaja. Mudah, bukan? Apa tunggu lagi, moh ke Ipoh! Ipoh Mali talak sombong!

Christmas Celebration in Kuala Lumpur This December

The festive and ever jolly season is approaching! Like every year, malls are flooded with shoppers looking to strike a great deal for Christmas presents or even a new outfit for the festive season.

Jolly Christmas Celebration in Kuala Lumpur: Sales sales and sales
Photo Credit: brendanhill.me

Together with the hype, there are also events or performances showed ever more frequently as the days draw closer to the most wonderful time of the year. Here are a number of up and coming events in Kuala Lumpur that you should check it out:

Continue reading “Christmas Celebration in Kuala Lumpur This December”