Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat

Siapa yang tidak tahu atau tidak pernah dengar tentang Cameron Highlands? Lokasi percutian tanah tinggi ini sering menjadi pilihan warga kota untuk merehatkan diri, walaupun ketika cuti pendek atau cuti hari minggu.

Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat
Kredit Foto: Viator.com

Terletak kira-kira 206 kilometer dari ibu kota Kuala Lumpur, Cameron Highlands bukan sahaja mendapat perhatian orang tempatan, malah ia menjadi tumpuan pelancong asing yang gemar aktiviti mendaki. Selain daripada kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran, keindahan alam semulajadi juga adalah tarikan Cameron Highlands.

Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat
Kredit Foto: tripinasia.com

Ada beberapa buah lokasi utama yang sering mendapat tumpuan pengunjung apabila bercuti di sini.

Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat #1 Ladang Teh

Antaranya adalah ladang teh. Di sini anda boleh melihat ladang teh yang subur menghijau dan anda juga berpeluang untuk berjalan di sekitar kawasan ladang teh ini. Penulis harus akui, ianya adalah satu pengalaman yang cukup menenangkan!

Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat
Kredit Foto: eddierushtravel.blogspot.com

Kebanyakan ladang teh ada restoran di mana anda boleh berehat menikmati pemandangan dan sajian skon bersama jem strawberi serta teh segar. Salah satunya yang sentiasa mendapat perhatian ramai adalah Cameron Valley Tea dari Bharat Group.

Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat #2 Ladang Strawberi

Selain daripada itu, anda juga boleh memetik buah strawberi segar untuk dimakan dan dibawa pulang. Memang sedap dan manis! Kebanyak ladang strawberi memberi peluang kepada anda untuk masuk dan petik di ladang mereka.

Anda hanya perlu bayar untuk masuk dan diberi tempoh untuk memetik seberapa banyak yang anda suka. Jangan tamak sampai tak habis ya! Selain daripada strawberi segar, anda juga boleh menikmati pelbagai sajian menggunakan strawberi sebagai bahan utama seperti wafel strawberi, ais krim, strawberi bersalut coklat dan banyak lagi! Semuanya dijual dengan harga yang berpatutan.

Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat
Kredit Foto: thevocket.com

Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat #3 Ladang Lavender

Bagi penggemar bunga, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Ladang Lavender. Oh ya, apa yang menarik, ada sebuah kedai yang menjual ais krim berperisa lavender! Oh yum!

Selain daripada itu, terdapat banyak kedai yang menjual bunga serta kaktus dan macam-macam lagi untuk anda bawa pulang. Namun pastikan pokok atau tumbuh-tumbuhan yang dibeli sesuai dengan cuaca di sini ya. Ini kerana cuaca di Cameron Highlands adalah sejuk berbanding di Kuala Lumpur dan sebagainya.

Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat
Kredit Foto: pinterest.com
Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat
Kredit Foto: lmwhy.blogspot.com

Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat #4
Pasar Malam

Pada sebelah malam pula, anda boleh melawat Pasar Malam Brinchang yang terletak di sepanjang jalan Pekan Brinchang. Kebanyakan gerai-gerai ini menjual sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang mungkin murah sedikit berbanding di ladang-ladang yang anda kunjungi. Anda juga boleh mendapatkan makanan dan cenderahati untuk dibawa pulang.

Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat
Kredit Foto: flickr.com

Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat #5
Tanah Rata

Dari Brinchang, anda boleh berjalan-jalan di kawasan Tanah Rata. Kebiasaannya ramai yang memilih Tanah Rata sebagai lokasi tempat penginapan kerana harga yang berpatutan. Malah keindahan persekitarannya menjadikan ia sebuah lokasi yang sesuai bagi mereka yang merancang untuk berbulan madu.

Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat
Kredit Foto: wanmuliani.com

Antara hotel yang menjadi pilihan pengunjung di Tanah Rata adalah Hotel Tudor, Strawberry Park, De’ La Ferns Hotel, Copthorne Hotel dan juga KRS Pines Guest House.

Cameron Highlands: Aktiviti & Lokasi Wajib Lawat
Kredit Foto: expressbusmalaysia.com

Selain daripada penginapan yang berpatutan, terdapat banyak kemudahan yang disediakan di Tanah Rata seperti hospital, kedai makan dan macam-macam lagi.

Cameron Highlands Map

Bagaimana ingin ke Cameron Highlands?

Selain menaiki kereta yang mengambil masa kira-kira 3 jam, anda boleh menggunakan bas ekspres yang lebih mudah dan berpatutan. Kalau anda hendak ke Cameron Highlands dari Kuala Lumpur, anda boleh menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak berhampiran Stesen Bandar Tasik Selatan.

Antara operator bas yang menawarkan servis dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands adalah Unititi Express, GT Express dan C.S Travel & Tours dengan harga RM35 untuk setiap perjalanan menerusi aplikasi telefon dan laman web CatchThatBus.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk luangkan masa bersama keluarga, lebih-lebih ketika musim cuti sekolah ini. Jom cuti-cuti Malaysia!

Author: admin

The admin of CatchThatBus blog is a travel junky who loves travelling.