8 Makanan Terlazat Di Melaka Yang Pasti Akan Buat Anda Terliur!

 

melaka-river-cruiseKredit Foto:tripadvisor.com

Bandaraya Melaka adalah ibu negeri Melaka yang terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Dengan latar belakang penuh dengan sejarah, Melaka mempunyai gabungan kaum yang sangat kaya. Seterusnya, dengan pengaruh budaya-budaya yang pernah mendiami Melaka, anda boleh dapat banyak makan yang lazat dan unik di negeri ini, seperti Asam Pedas, Laksa Nyonya dan juga berbagai kuih-muih berwarna-warni! Ini telah buat Melaka satu destinasi makanan yang terunggun di Malaysia!  Selain itu, pusat bandar ini telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada Julai 2008.

Untuk memulakan perjalanan makanan anda di Melaka, “Food Trail, seterus adalah 8 makanan yang wajib anda mencuba!

  1. Bebola Nasi Ayam

Chicken-Rice-Ball

Kredit Foto: semakbokinn.com

Bebola Nasi Ayam merupakan hidangan teristimewa yang hanya terdapat di Melaka! Sajian ini merupakan versi alternatif hidangan “Hainainese Chicken Rice”, yang digemari rakyat Malaysia dan Singapura. Perisa lazat hidangan ini diperoleh daripada merebus nasi dengan sup ayam yang mengandungi berbagai herba (seterusnya dikepal dalam bentuk bebola untuk memberi rupa dan tekstur unik), dan ayam yang dipanggang rangup dan lembut. Anda boleh mendapat versi halal hidangan ini di Ee Ji Ban Chicken Rice Ball di Jalan Melaka Raya.

Restoran: Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Halal Melaka

Waktu Perniagaan: 10 Pagi – 9.30 Malam

Alamat: 275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia.

2) Laksa Baba Nyonya

Baba-Nyonya-1-1024x834Kredit Foto: childrensflucenter.us

Laksa Baba Nyonya merupakan makanan warisan Melaka sangat dihargai seluruh negara. Penuh dengan rasa, orang Malaysia dan juga para pelancong mengembara ke Melaka hanya untuk merasai mee sup lazat ini, yang disediakan dengan air rebusan tulang ayam, kulit udang dan pes udang kering yang direbus bersama rempah-ratus, cili dan bunga kantan untuk mendapat perisa dan aroma yang pasti terbuat anda tergoda! Selepas merasai sajian ini pertama kali, anda pasti hendak hidangan kedua! Ingin cuba? Anda boleh merasainya di restoran Jonker 88 di Jalan Hang Jebat.

Restoran: Jonker 88

Waktu Perniagaan: 9.30 Pagi – 5.30 Petang  

Alamat: 88, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka, Malaysia
3) Mee Itik

2016102419-Duck-NoodlesKredit Foto: letsgoholiday.my

Pasti anda tidak pernah mencuba Mee Itik sebelum ini! Anda boleh menikmati hidangan ini di Tengkera Duck Noodle Restaurant, yang merupakan restoran terkenal di Melaka yang menjual versi Mee Itik yang terenak sekali! Mempunyai dua pilihan, anda boleh menikmati sajian ini berkuah ataupun kering. Kedua-duanya diperbuat daripada mee yang dihidangi dengan daging itik yang sangat berperisa dan lembut, taugeh segar dan jika anda memilih versi kering, dihidangi dengan juga semangkuk sup lazat! Sajian ini wajib dicuba bila anda di Melaka!

Restoran: Tengkera Duck Noodle

Waktu Perniagaan: 7.00 Pagi – 1.00 Petang

Alamat: Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia

4) Asam Pedas

picture-1666

Kredit Foto:sukatulis.wordpress

Pasti anda tak pernah mencuba Mee Itik sebelum ini! Anda boleh menikmati hidangan ini di Tengkera Duck Noodle Restaurant, yang merupakan restoran terkenal di Melaka yang menjual versi Mee Itik yang terenak sekali! Mempunyai dua pilihan, anda boleh menikmati sajian ini berkuah ataupun kering. Kedua-duanya diperbuat daripada mee yang dihidangi dengan daging itik yang sangat berperisa dan lembut, taugeh segar dan jika anda memilih versi kering, dihidangi dengan juga semangkuk sup lazat! Sajian ini wajib dicuba bila anda di Melaka!

Restoran: Tengkera Duck Noodle

Waktu Perniagaan: 7.00 Pagi – 1.00 Petang

Alamat: Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia

5) Kuih Muih Melaka

2406947855_d930180dd1

Kredit Foto: malaccatourism.blogspot.com

Kuih-muih adalah kumpulan pencuci mulut yang boleh dijumpai dalam berbagai bentuk, perisa dan warna! Melaka, negeri yang penuh dengan sejarah dan gabungan kaum, mempunyai berbagai jenis kuih muih yang digemari semua untuk hidangan teh petang, ataupun snek tengah-hari! Tetapi, di Melaka, anda boleh mendapat kuih muih warisan baba nyonya seperti

       Onde-Onde: bebola pulut  berperisa pandan yang dipenuhi gula melaka/kelupa, dan juga kuih

       Seri Muka – Kuih Manis yang diperbuat daripada lapisan pulut manis dan juga agar-agar berperisa pandan

       Ketayap –  kisaran isi kelapa berperisa gula melaka, yang dibalut dengan lempeng hijau nipis

Anda boleh jumpa kuih-muih ini di Gerai Baba Charlie Nyonya Cake di Jalan Tengkera

Restoran: Baba Charlie Nyonya Cake

Waktu Perniagaan: 10.00 Pagi –  4.00 Petang

Alamat: Jalan Tengkera, 75200, Melaka

6) Cendol Jam Besar
Chr3XEcU4AATsdS wpid-20131224_115106

c2Kredit Foto: mykeledek.com

Ini adalah pencuci mulut tradisional yang diperbuat daripada ais kisar, santan kelapa,dan juga cendol hijau dengan perisa pandan dan gula melaka. Bahan-bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli rumput, jagung tin, mungkin juga dimasukkan. Setiap sudu meninggalkan kemanisan berlarutan lemak berkrim dari santan segar. Anda harus cuba ia di Cendol Jam Besar yang terletak di Bandar Hilir.

Restoran: Cendol Jam Besar

Alamat: Bandar Hilir, 75200 Melaka, Malaysia

7) Coconut Shake Klebang

170942pz0mumf2mc9c0au2

Kredit Foto: explorasa.cari.com

Dengan cuaca Malaysia yang sentiasa panas, anda pasti teringin sesuatu untuk menyejukkan badan pabila anda mengunjungi kota bersejarah ini! Di Melaka, hanya ada satu penyelesaian untuk masalah ini, iaitu “Klebang Original Coconut Shake”. Minuman sejuk ini diperbuat dengan kisaran isi kelapa muda dengan aiskrim berperisa vanila dan ketulan air batu! Untuk buat minuman ini lagi istimewa, pesan minuman anda dengan tambahan “scoop” ais-krim di atas! Apa yang pasti adalah Klebang’s Original Coconut Shake pasti kan menyegarkan badan anda!

Restoran: Klebang Original Coconut Shake

Waktu Perniagaan: 11.00 Pagi – 6.30 Petang (Jumaat 2.30 Petang – 6.30 Petang)

Alamat: Klebang, 5, Melaka, Malaysia

8) Tandoori Pak Putra

pak-putra-tandoori-naan-550x350

Kredit Foto: gomelaka.my

Jikalau anda berada di Melaka, pastikan anda mengunjungi Restoran Pak Putra di Jonker Street untuk menikmati Naan & Tandoori yang terhangat di Malaysia! Pak Putra telah menyempurnakan resipi ayam tandoori dengan memerap ayam segar dengan rempah-ratus bersama yogurt dan dipanggang, dalam kutukar tradisional tanah liat, sehingga rangup dan lembut! Anda haruslah menikmati sajian lazat ini bersama roti naan yang juga sangat digemari penduduk sekeliling!

Restoran: Restoran Tandoori & Naan Pak Putra

Waktu Perniagaan: 5.30 Petang – 1.00 Pagi

Alamat: Jalan Kota Laksamana 2/3 & Jalan Kota Laksamana 2/4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia

 

Author: admin

The admin of CatchThatBus blog is travel junky who loves travelling.