5 Tempat Percutian Keluarga Pada Musim Cuti Sekolah

Tempat Percutian Musim Cuti Sekolah
Kredit Foto: Timeout.com

Cuti sekolah kembali lagi! Inilah masanya ibu bapa mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama anak-anak tersayang. Sempena cuti sekolah sehingga Januari ini, CatchThatBus ingin berkongsi lima lokasi menarik yang sesuai dikunjungi bersama keluarga.

Tempat Percutian Musim Cuti Sekolah #1 Legoland Nusajaya

Lego Land: Tempat Percutian Musim Cuti Sekolah
Kredit Foto: www.littlestepsasia.com

Mesti ramai yang tahu permainan Lego, bukan? Taman tema yang terletak di Nusajaya, Johor Darul Takzim ini menampilkan lebih 40 jenis permainan seperti roller coaster, ferris wheel, filem 4D dan terbaru adalah NinjaGo.

Selain daripada itu, anda juga boleh bermain di taman air atau melihat monumen atau lokasi terkenal di seluruh dunia yang diperbuat daripada Lego seperti Angkor Wat, Taj Mahal, Putrajaya dan Singapura di Miniland.

Anak-anak (dan anda juga!) boleh mengambil gambar kerana terdapat banyak figura dan pemandangan menarik di sini!

Waktu Operasi:
Taman Tema: 10am- 7.30pm,
Taman Air:     10am- 6.00pm

Harga Tiket:
Kombo (Taman Tema + Taman Air)
Dewasa: RM196 (Dewasa), Kanak-kanak/Warga Tua: RM156

Taman Tema
Dewasa: RM156 (Dewasa), Kanak-kanak/Warga Tua: RM124

Taman Air
Dewasa: RM100 (Dewasa), Kanak-kanak/Warga Tua: RM84

Bagi warganegara Malaysia dengan MYKAD, anda boleh mendapat potongan harga dengan promosi MYKAD Special.

Tempat Percutian Musim Cuti Sekolah #2 KidZania

KidZania: Tempat Percutian Musim Cuti Sekolah
Kredit Foto: Tourism Malaysia

Terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, KidZania adalah pusat pembelajaran dan hiburan keluarga (family edutainment centre) dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai pengalaman dunia sebenar orang dewasa, mendapat inspirasi berdasarkan apa yang dilihat dan dilalui mereka menerusi role play.

Apabila anda membawa anak-anak ke sini, mana tahu anda mungkin boleh melihat bakal terpendam mereka. Kanak-kanak berpeluang memilih karier yang diinginkan dan merasai pengalaman kehidupan seharian sebagai ‘orang dewasa’.

Selain daripada menimba pengalaman baru, anak-anak anda juga berpeluang mengenali rakan-rakan baru yang sebaya dengan mereka.

Waktu Operasi:
Ahad – Jumaat: 10am – 5pm
Sabtu, Cuti Umum & Cuti Sekolah  – 10am – 7pm

Harga Tiket:
2 – 3 Tahun:  RM41.00
4 – 17 Tahun: RM85.00
4 – 17 Tahun OKU: RM35.00
18 – 59 Tahun: RM41.00
Warga Tua: RM35.00

Anda akan mendapat potongan harga jika membeli tiket secara atas talian menerusi laman web KidZania.

Tempat Percutian Musim Cuti Sekolah #3 Sungai Congkak

Sungai Congkak: Tempat Percutian Musim Sekolah
Kredit Foto: sungaisiput.blogspot.com

Ingin membawa keluarga pergi berkelah? Kami cadangkan Sungai Congkak yang terletak di Batu 9, Hulu Langat. Ia hanya mengambil masa kira-kira 30 minit dari Kuala Lumpur.

Sungai yang jernih ini memang sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Malah jika ada yang bercadang untuk bermalam, anda boleh menempah chalet yang terdapat di kawasan Sungai Congkak seperti di Congkak Eco Resort yang berharga antara RM60 hingga RM130.

Bagi yang nak menjimatkan kos, anda juga boleh menyediakan makanan dan minuman dari rumah dan bawa ke sana. Jangan lupa untuk bersihkan kawasan perkelahan sebelum pulang bagi memastikan kebersihan Sungai Congkak terjaga.

Selain daripada berkelah, bagi yang gemar aktiviti lasak bolehlah mencuba trek hutan, merentas sungai dan sebagainya. Apa yang penting adalah memastikan keselamatan anda dan keluarga bagi mengelak perkara yang tidak diinginkan berlaku.

Tempat Percutian Musim Cuti Sekolah #4 Pulau Langkawi

Langkawi: Tempat Percutian Musim Cuti Sekolah
Kredit Foto: 8thingstodo.com

Pulau yang terkenal dengan sejarah sumpahan Mahsuri adalah salah satu destinasi pelancongan di Malaysia yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan juga antarabangsa.

Langkawi sentiasa menjadi pilihan keluarga kerana boleh menikmati keindahan alam semula jadi dan pantai serta mempunyai pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi seperti Langkawi Underwater World, Air Terjun Telaga Tujuh, Dataran Lang, Langkawi Cable Car, Makam Mahsuri, Tasik Dayang Bunting, Langkawi Sky Bridge, Kilim Geoforest Park dan banyak lagi.

Oleh kerana ia adalah zon bebas cukai, harga barang di sini agak berpatutan dan murah jika dibandingkan di tempat-tempat lain.

Tempat Percutian Musim Cuti Sekolah #5 i-City Shah Alam

i-city Tempat Percutian Musim Cuti Sekolah
Kredit Foto: www.attractionsinmalaysia.com

i-City terletak di Seksyen 7 Shah Alam dan menjadi tarikan orang ramai kerana hiasan lampu berwarna-warni.

Namun ia bukan satu-satunya tarikan di sini kerana ia juga adalah sebuah taman tema dimana anda boleh membawa anak-anak menikmati salji di Snowalk dan bermain pelbagai permainan yang disediakan di sini serta menghabiskan masa seharian di Water World.

i-City sesuai bagi mereka yang tidak mahu berjalan jauh atau sukar mendapat cuti tetapi mahu menghabiskan masa bersama keluarga sempena cuti sekolah.

Bagi mereka yang ingin berjimat dan ingin membawa anak-anak menaiki bas, tempah saja tiket menerusi laman web CatchThatBus atau muat turun aplikasi untuk membeli tiket dengan lebih mudah. Anda tak perlu ke terminal bas lagi!

Author: admin

The admin of CatchThatBus blog is travel junky who loves travelling.